BAHAGIA... Awal, Scha bersama anak mereka, Lara Alana. |
KUALA LUMPUR: Tanggal 29 Mac lalu seboleh-bolehnya enggan dikenang lagi Awal Ashaari dalam ingatan. Sehabis mungkin memori tragedi hitam yang hampir meragut nyawanya di Lebuhraya Utara-Selatan arah ke Selatan di Melaka mahu diluputkan sama sekali.
Kemalangan itu memusnahkan kereta BMW dipandu teman baik Awal, Izuan Mokhtar, ketika mereka dalam perjalanan ke Melaka untuk menjayakan siaran langsung program Melodi di Jom Heboh Melaka kira-kira jam 11 pagi.
Awal yang ditemui BH Online malam tadi ketika menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat di Restoran Marhaba, Publika Solaris Dutamas, berkata kemalangan itu adalah kecelakaan jalan raya yang pertama buatnya sejak mula memandu pada usia 17 tahun.
COMEL... Cahaya mata Awal-Scha, Lara Alana. |
"Punca sebenar kemalangan ini terjadi disebabkan angin lintang hingga kenderaan yang dipandu Izuan hilang kawalan dan terangkat. Kereta saya memang rosak teruk dan tak dapat diselamatkan. Kereta itu saya beli pada tahun 2009 dan berhasrat mahu menjualnya kepada Izuan.
"Keadaan saya sekarang hampir pulih seperti sedia kala dan ketika ini, masih menjalani rawatan fisioterapi sebanyak dua kali seminggu. Isteri saya (Scha) juga antara yang banyak memberi semangat dan dia juga sekarang menjadi pemandu saya sebab saya masih trauma untuk memandu.
"Malah, ada ketikanya, saya menaiki teksi untuk urusan kerja. Saya terfikir untuk mendapatkan khidmat pemandu juga buat sementara waktu sehingga saya benar-benar bersedia untuk memandu semula," katanya.
AWAL dan Scha menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat di Restoran Marhaba, Publika Solaris Dutamas, malam tadi. |
Mengimbau hari kejadian, Awal berkata, beliau sebenarnya malas hendak memandu ke Melaka dan mengajak Izuan untuk turut serta.
"Hendak dijadikan cerita, Izuan tertidur dan saya terpaksalah ke Melaka sendirian. Peliknya, dalam nak ke Melaka itu, saya memandu kereta ke rumah Izuan, malah banyak perkara pelik yang berlaku hari itu seolah-olah memberi petanda. Perkara kebiasaan yang selalu saya buat, saya tak lakukan.
"Setibanya di rumah Izuan, saya tinggalkan kereta yang saya pandu dan memutuskan untuk memandu kereta BMW, yang diletakkan di rumah Izuan. Malam sebelum kejadian pun, saya ada mengajak ibu saya untuk menemani saya ke Melaka tetapi ibu menolak. Ini kali pertama ibu menolak ajakan saya," katanya.
Ketika kejadian, kata Awal, wajah isteri, anak dan keluarga berlegar-legar di fikirannya.
"Cuma saya tak boleh bergerak sangat ketika itu. Sedar-sedar saya sudah berada di atas rumput dan ketika itulah saya baru tahu saya terbabit dalam kemalangan jalan raya. Saya minta orang yang ada di sekeliling carikan telefon bimbit.
AWAL dan Scha menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat di Restoran Marhaba, Publika Solaris Dutamas, malam tadi. |
"Saya hubungi Scha dalam kadar segera dan Izuan ketika itu sedang mengutip semula barang kami yang tercampak keluar dari kereta. Scha tenang ketika dimaklumkan dan ketika itu, dia sedang terikat dengan penggambaran telefilem," katanya.
Sepanjang perbualan, Pengacara Melodi di TV3 itu tidak putus-putus memanjat kesyukuran kerana masih diberi kesempatan untuk hidup. Perkara yang ditakutinya selama ini akhirnya terjadi juga menjadikan beliau kini lebih menghargai hidup.
"Datuk saya meninggal dunia pun sebab kemalangan jalan raya kerana menunggang motosikal. Malah, disebabkan insiden itu, kami adik beradik dilarang menunggang motosikal. Dalam hati dulu pun pernah terdetik, kalau ditakdirkan saya mati jangan disebabkan kemalangan jalan raya.
"Alhamdulillah, Tuhan beri saya peluang untuk meneruskan hidup lagi. Saya lebih menghargai hidup. Masuk dalam kereta pun saya akan pastikan perkara pertama ialah memakai tali pinggang kereta-Awal Ashaari.
AWAL dan Scha mengundang 33 orang anak yatim dari Maahad Tahfiz Al Mustaqim, Paya Jaras, Selangor untuk mengimarahkan solat Maghrib dan Isyak selain bacaan Yasin. |
"Dulu kalau dalam kereta, saya boleh leka dengan laman sosial dan telefon bimbit sentiasa di tangan. Sekarang sudah terhantuk baru terngadah dan saya mula berhati-hati," katanya.
Pada majlis berkenaan, Awal dan Scha turut mengundang 33 orang anak yatim dari Maahad Tahfiz Al Mustaqim, Paya Jaras, Selangor untuk mengimarahkan solat Maghrib dan Isyak selain bacaan Yasin.
Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim, Dynas Mokhtar dan pereka fesyen Saiful Baharim antara teman pasangan itu yang hadir.
AWAL bersama anak yatim dari Maahad Tahfiz Al Mustaqim, Paya Jaras, Selangor ketika bacaan Yasin. - Foto Zaidi Mohamad |
ANTARA teman artis yang menghadiri majlis kesyukuran. |
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.