Zery Zamry tampil koleksi Hipster raya untuk lelaki

Zery Zamry tampil koleksi Hipster raya untuk lelaki
KOLEKSI Zery Zamry Zalora Raya 2015.


KUALA LUMPUR: Bersempena lebaran yang bakal bertandang tak lama lagi, pereka fesyen popular, Zery Zamry tampil dengan rangkaian koleksi Aidilfitrinya dan bekerjasama dengan label fesyen dalam talian, Zalora menerusi Zery Zamry Zalora Raya 2015.

Zery Zamry mengambil keputusan untuk memperbaharui Baju Melayu yang sering kali dipakai ketika majlis keramaian mahupun Hari Raya tanpa mengubah nilai etnik sesebuah pakaian berkenaan.

Disulami pengalaman yang begitu banyak sepanjang beliau di dalam industri, Zery Zamry melancarkan koleksi Baju Melayu moden pada 2014 dan koleksi beliau menjadi igauan segenap pengikut dunia fesyen tempatan terutama kalangan jejaka yang mahu tampil berlainan tetapi segak, kemas dan moden di pagi Aidilfitri.

Zery Zamry tampil koleksi Hipster raya untuk lelaki
KOLEKSI Zery Zamry Zalora Raya 2015.


Untuk koleksi Zery Zamry Zalora Raya 2015 ini, Zery Zamry memilih beberapa koleksi siri termasuk, 'Dark Series', 'Colour Series', 'Printed Series' dan 'Army Series'.

Koleksi siri ini tidak dinafikan sudah menjadi kegilaan bagi jejaka di negara kita. Malah koleksi siri ini juga menjadi satu fenomena di pentas peragaan antarabangsa.

Menyentuh soal warna, beliau telah memilih antara rangkaian warna yang juga pilihan nombor satu bagi jejaka yang mahukan penampilan yang segak bergaya di pagi Syawal.

Antara warna yang menjadi pilihan adalah 'Navy Blue', 'Dark Brown', 'Black', 'White', 'Olive Green', 'Emerald Green', 'Royal Blue', 'Dark Purple' dan 'Maroon'.

"Untuk tahun ini, saya juga mencipta reka Baju Melayu yang menggunakan konsep Geometri dan Grafik Moden. Saya juga memilih untuk menyuntik nafas segar bagi rekaan Teluk Belanga dan Cekak Musang tanpa menggunakan 'pesak' di dalam rangkaian Koleksi Hipster Melayu.

"Sekiranya ada kalangan pelanggan yang mahukan gaya yang lebih santai, Zery Zamry juga melancarkan rekaan 'Jubah' dan 'Kurta' di dalam Koleksi Hipster Melayu," kata Zery.

Zery Zamry tampil koleksi Hipster raya untuk lelaki
KOLEKSI Baju Melayu moden ilham dari Zery Zamry.


Pemilihan fabrik adalah penting di dalam Koleksi Hipster Melayu Zery Zamry. Beliau banyak menggunakan fabrik 'Cotton SB Line', 'Swiss Cotton' and 'Cotton Silk' dalam rangkaian koleksi beliau kerana fabrik berkenaan sesuai dengan kelembapan cuaca negara.

Sebagai pelengkap gaya di pagi Syawal, Zery Zamry memberi nafas segar bagi rekaan samping dan songkok dengan menyuntik elemen penggunaan fabrik kulit iaitu yang pertama di Malaysia.

Bagi rekaan Butang Baju Melayu, Zery Zamry meminimumkan reka bentuk butang baju Melayu dan menerapkan elemen maskulin.

Tahun lalu, Zery Zamry melancarkan lapan reka bentuk dan pilihan warna tetapi untuk 2015, terdapat hampir 30 reka bentuk dan pilihan rangkaian warna yang menarik bagi koleksi Hipster Melayu.

Ini akan memberikan lebih keseronokan dan kebebasan bagi pelanggan untuk membuat pilihan. Harga bagi Koleksi Hipster Melayu bermula daripada RM380 bagi sepasang baju Melayu tanpa aksesori.

Rangkaian samping, songkok dan butang baju Melayu dijual berasingan.

Layari www.zalora.com.my untuk keterangan lanjut.

Zery Zamry tampil koleksi Hipster raya untuk lelaki
ZERY Zamry tampil dengan rangkaian koleksi Aidilfitrinya dan bekerjasama dengan label fesyen dalam talian, Zalora menerusi Zery Zamry Zalora Raya 2015. - Foto Clickerstudio

Zery Zamry tampil koleksi Hipster raya untuk lelaki
KOLEKSI Zery Zamry Zalora Raya 2015

Zery Zamry tampil koleksi Hipster raya untuk lelaki
KOLEKSI Zery Zamry Zalora Raya 2015.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers