Aplikasi Gmail kini pelbagai

Aplikasi Gmail kini pelbagai
Gmail kini boleh di access dengan pelbagai applikasi untuk semua jenis gadjet


Pengguna aplikasi Gmail di Android kini bukan saja boleh membuka dan menghantar e-mel Gmail tetapi turut boleh membuka pelbagai akuan e-mel lain dalam satu aplikasi. Penambahbaikan ini membolehkan pengguna menggunakan akuan Gmail dan juga akaun lain seperti emel Yahoo dan Outlook.com.

Fungsi baru ini bagi membolehkan pengguna e-mel Gmail tidak menghadapi kesukaran dan dalam satu paparan yang sama mereka boleh memilih untuk membuka akaun emel yang dipilih. Malah terdapat beberapa fungsi baharu lain dalam aplikasi Gmail terbaharu ini.

Antaranya fungsi pencarian dengan peningkatan auto-complete, penambahan animasi dan mampu membuka paparan fail yang lebih besar. Sebagai tambahan, pengguna Gmail Android ini juga boleh menyimpan lampiran ke Google Drive dengan satu sentuhan.

Fungsi lain adalah menampilkan pesanan masuk daripada pelbagai akaun e-mel dalam satu paparan sama. Sebelum ini, Microsoft juga telah melancarkan aplikasi Outlook untuk iOS dan Android yang juga membolehkan penggunanya untuk melakukan perkara sama.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers