Game Boy dalam iPhone

Game Boy dalam iPhone
Hyperkin Revolusi GameBoy untuk bersaing dengan Android


KEMUNCULAN pelbagai permainan video baru membuatkan permainan video Game Boy semakin dilupakan walaupun ia pernah menjadi kegilaan peminat permainan video.

Mengambil inisiatif mengembalikan kegemilangan Game Boy, syarikat pengeluar permainan video, Hyperkin mencipta satu alat yang membolehkan anda bermain Game Boy dengan menggunakan iPhone.

Dikenali sebagai The Boy Smart, permainan video terbaru ini mempunyai slot di belakangnya yang berfungsi untuk pengguna iPhone 6 Plus.

Boy Smart pada mulanya dirancang sebagai satu jenaka April Fool, tetapi tidak sangka jenaka ini mula mendapat tindak balas positif dari orang ramai yang mahukan ia direalisasikan menjadi produk sebenar.

Perantinya sama seperti Game Boy cuma apa yang membezakan adalah ia sebenarnya menggunakan aplikasi dari iPhone.

Hanya perlu muat turun aplikasi The Boy Smart dari Apple Store, masukkan iPhone ke dalam peranti Boy Smart dan anda boleh bermain seperti permainan Game Boy yang asal. Butang dan paparannya juga sama seperti Game Boy.

Hyperkin mahu mencipta peranti retro yang boleh dengan mudah disesuaikan dengan permainan video moden.

Malah Hyperkin juga dalam rancangan mengembangkannya untuk pengguna Android.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers