Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Remaja 20-an?

Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Remaja 20-an?

Lana Nordin Kini Bercinta Dengan Remaja 20-an?


KUALA LUMPUR, 24 JUN 2014: Biarpun masyarakat masih belum melupakan kisah cinta segera antara Lana Nordin dan Johan As'ari, namun aktres itu membuktikan bahawa dia mampu melupakan aktor tersebut.

Pelakon seksi itu kini dikatakan sedang didekati seorang pelakon baru bernama Mas Khan.

Lana Nordin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, ditemui hadir bersama aktor baru tersebut di majlis pelancaran kosmetik Airish Miracle di Hotel Royale Chulan di ibu negara semalam.

Ketika ditemubual, Lana menerangkan status sebenar hubungan mereka.

"Saya dengan dia masih baru lagi dalam kira-kira sebulan, tetapi kami kenal agak lama juga. Buat masa ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing.

"Saya tidak mahu bercakap tentang cinta lebih-lebih kerana semuanya ketentuan Allah dan sebagai perempuan saya hanya cuba berkawan dan mencari jodoh saya," ujarnya merendah diri.

Jelas Lana, dia tidak mahu kontroversi percintaannya dengan pelakon Johan As'ari membataskan dirinya untuk terus mencari jodoh.

"Saya tidak mahu fikir tentang lelaki itu dan saya tidak mahu kontroversi tersebut menyekat saya untuk berkawan dengan lelaki.

"Saya tetap mencuba dan berkawan dengan mana-mana lelaki serta cari yang sesuai dijadikan suami, kalau Tuhan sudah takdirkan saya berkahwin usia 40 saya terima," katanya.

Sementara itu, bercerita tentang Mas Khan, Lana berkata, dia seorang yang matang dan memahami biarpun jarak usia mereka agak jauh.

Bagaimanapun, peristiwa percintaan lalu banyak mengajarnya agar lebih berhati-hari dan tidak mudah mempercayai lelaki.

"Dia muda lagi tapi dia seorang yang matang dan tidak suka ambil tahu tentang orang lain. Dia tidak kisah tentang kontroversi saya sebelum ini," kata Lana.

Lana mengakui antara punca dia rapat dengan lelaki itu juga adalah disebabkan mereka bergandingan dalam sebuah filem berjudul Biasan namun menolak bahawa hubungan ini adalah cinta lokasi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers