Peminat Bengang Konsert Jericho Rosales Dibatalkan Saat Akhir!

Peminat Bengang Konsert Jericho Rosales Dibatalkan Saat Akhir!

Peminat Bengang Konsert Jericho Rosales Dibatalkan Saat Akhir!


KUALA LUMPUR, 24 JUN 2014: Sekumpulan peminat Jericho Rosales bengang apabila konsert aktor kacak Filipina yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di Wisma MCA, Jalan Ampang pada Ahad lalu (22 Jun 2014) telah dibatalkan pada saat-saat terakhir oleh pihak penganjurnya, De Star Performing Arts Studio.

Insiden yang memalukan ini telah dimaklumkan sendiri kepada portal Murai oleh salah seorang peminat Jericho Rosales yang turut meminta agarnya namanya dirahsiakan kepada pengetahuan pihak umum.

"Dari bulan April lagi, saya sudah membeli tiket konsert ini dan saya telah membeli tiket VVIP berharga RM150 yang terletak di barisan hadapan sekali supaya dapat melihatnya secara dekat dan jelas. Lagipun saya memang sudah sekian lama meminati Jericho dan teringin untuk melihatnya secara depan-depan.

"Tapi, bila saya sampai di Wisma MCA pada Ahad lalu untuk menyaksikan konsertnya yang dijadualkan bermula jam 1 petang, saya pelik kerana kawasan tersebut agak sepi.

"Malah tidak ramai fans Jericho Rosales yang mengerumuni kawasan tersebut. Yang ada pun hanyalah sekitar 20 orang termasuklah ahli-ahli fan club Jericho.

"Saya cuba mendekati mereka dan mereka memberitahu saya bahawa Jericho tidak datang dan satu jam setengah kemudian, pihak penganjur yang diwakili seorang lelaki bernama Leo memberitahu kami semua bahawa konsert Jericho itu telah dibatalkan.


"Dan, mereka juga akan aturkan supaya kami berpeluang untuk redeem balik wang tiket yang kami beli. Tapi, yang peliknya, biarpun konsert itu dibatalkan, persembahan tarian pembukaan oleh beberapa remaja tetap dilangsungkan," katanya sumber tersebut.

Sumber itu menyatakan lagi, sebenarnya dia sudah mula berasa sangsi dengan pihak penganjur tersebut apabila tiada sebarang publsiti diuar-uarkan mengenai konsert berkenaan.

"Malah, kalau betul konsert itu memang wujud, pastilah pihak wartawan hiburan sudah pun memperkatakan mengenainya di dalam media mereka. '

"Tapi, tiada satu artikel mengenai konsert itu yang kelihatan di dalam media. Malah, beberapa hari sebelum konsert itu bakal berlangsung pun, tiada sebarang hype yang kedengaran mengenai konsert itu.

"Malah, bila kami check Instagram Jericho Rosales, dia sendiri tidak ada menyebut yang dia bakal jayakan konsert itu di Malaysia. Malah dia kini sibuk menikmati cuti bulan madunya selepas berkahwin, Kim Jones. Tapi, saya pergi juga kerana sudah beli tiket," katanya lagi.


Menurut sumber itu lagi, dia berharap dengan berkongsi mengenai insiden yang berlaku pada pada Ahad itu, pihak De Stars Performing Arts Studio akan dapat menjelaskan keadaan sebenar mengapa konsert Jericho Rosales itu boleh dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Sebagai peminat Jericho, kami nak tahu apakah betul mereka ada berurusan dengan pihak pengurusan Jericho untuk menganjurkan konsert ini atau ianya hanya taktik mereka untuk menangguk di air yang keruh untuk mengaut keuntungan atau mencipta nama dengan menumpamg populariti Jericho.

"Saya harap portal Murai akan dapat membantu kami yang teraniaya ini yang sudah pun meletakkan harapan yang besar untuk menyaksikan Jericho Rosales beraksi dalam konsert solonya ini," katanya lagi.

iskandarX: Konsert apa lah sangat, nak masuk Ramadhan dah.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers