Lagu Ciptaan Nidji Jadi Sumber Inspirasi Buat Pesakit Kanser

Lagu Ciptaan Nidji Jadi Sumber Inspirasi Buat Pesakit Kanser

Lagu Ciptaan Nidji Jadi Sumber Inspirasi Buat Pesakit Kanser


KUALA LUMPUR, 24 JUN 2014: Nama Nidji bukan asing lagi di Malaysia. Kumpulan yang dianggotai oleh Giring, Rama, Randy, Adri dan Ariel bahkan sangat gah di Indonesia selepas kejayaan demi kejayaan yang dikecapi mereka menerusi karya-karya muzik yang cukup hebat bawaan mereka terutamanya untuk runut bunyi filem.

Tidak hairan mengapa kumpulan Nidji sering menjadi rebutan dan pihak penerbit filem di Indonesia untuk menghasilkan runut bunyi filem-filem yang ditayangkan di sana.

Buktinya selepas melihat kepada kejayaan filem-filem hebat seperti Laskar Pelangi, Sang Pencerah dan 5 Cm yang berjaya pecah panggung kerana plot penceritaan yang hebat selain runut muzik yang cukup terkesan buat para penonton.

Nidji mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka lebih selektif setiap kali dilamar pihak penerbit untuk menghasilkan runut bunyi bagi sesebuah filem yang akan ditayangkan.

“Kami selektif jika ingin bekerjasama dengan penebit-penerbit filem. Pertama kami harus kaji skripnya terlebih dahulu. Jika sebuah filem itu datangnya dari adaptasi novel yang bagus, maka muziknya juga harus bagus. Dari segi skrip itu sendiri mampu menghasilkan karya yang hebat.

“Selain itu aspek siapa penerbit, pihak produksi serta barisan pelakon yang menjayakan sesebuah filem itu juga menjadi keutamaan kami. Aspek begini menjadi penekanan utama kami kerana untuk menghasilkan sesebuah muzik itu bukan mudah.

“Banyak perkara yang harus diberi perhatian selain memahami dahulu jalan penceritaan filem tersebut,” ujar Giring sewaktu pelancaran album terbaru Nidji berjudul King of Soundtrack yang memuatkan lagu-lagu OST hit tema untuk filem di pejabat Warner Music Malaysia.

Dalam pada itu, Giring juga tidak menafikan selepas kejayaan serta pengiktirafan hebat yang diterima menerusi lagu Laskar Pelangi membawa perubahan besar buat diri mereka.

“Lagu ini memberi sumber inspirasi buat mereka diluar sana. Syukur banyak pengiktirafan yang kami terima selain jemputan persembahan semakin banyak. Laskar Pelangi memberi kekuatan serta sumber inspirasi buat sesiapa sahaja malah diri kami sendiri.

“Pernah satu ketika, saya didatangi oleh seorang nenek tua yang menghidap penyakit kanser payu dara. Tiba-tiba nenek tersebut berterima kasih kepada saya kerana dia mengaku setiap kali mendengar lagu Laskar Pelangi dia tetap bersyukur walaupun kehilangan sebelah payu daranya.

“Kami sepertinya terkejut dan sangat bersyukur kerana lagu tersebut seolah-olah memberi inspirasi dan motivasi buat mereka diluar sana saat menghadapi kehidupan yang sukar tetapi masih tetap bersyukur dan gembira,” jelas Giring lagi.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album King of Soundtrack termasuklah empat buah lagu ciptaan Nidji untuk runut bunyi filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck iaitu Sumpah dan Cinta Matiku, Teroesir (Menunggu Karma), Hidup Tanpa Cinta, Nelangsa dan Tuhan Maha Cinta.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers