Aidil Tak Jenguk Anak Sebab Tinggal Jauh Di Johor Bahru

Aidil Tak Jenguk Anak Sebab Tinggal Jauh Di Johor Bahru

Aidil Tak Jenguk Anak Sebab Tinggal Jauh Di Johor Bahru


Sumber: Berita Harian

KUALA LUMPUR, 25 JUN 2014: Nampaknya perang di antara bekas pasangan suami isteri, Aidil Zafuan dan Rita Rudaini masih belum ada penghujungnya.

Menerusi laporan Berita Harian pada Selasa, Aidil Zafuan telah mempersoalkan tujuan sebenar Rita Rudaini memberikan kenyataan kepada media baru-baru ini.

Aidil pada awalnya mahu berhenti membuat kenyataan balas tetapi selepas kenyataan Rita menyentuh perihal isterinya Zarema Zainal, dia bangkit mempertahankan isteri.

“Mengapa tiba-tiba Rita membuat pendedahan seperti itu. Apakah tujuannya berbuat demikian? Dalam hal ini, hanya saya dan isteri saya tahu perkara sebenar. Jujurnya kami tidak terkesan langsung dengan pendedahan yang dibuat.

“Pada awalnya saya malas hendak berbalas kenyataan atas nasihat kawan-kawan. Tapi saya perlu bersuara kerana perkara itu membabitkan isteri saya sekarang. Hakikat sebenar saya sudah lama mahu menjenguk anak.

" Rita mengadu kepada para media kononnya dua minggu sebelum perkahwinan baru saya mahu menjenguk anak dan selepas bernikah langsung menghilang. Hakikat sebenar saya sudah lama mahu menjenguk anak.

“Bukan dalam tempoh 2 minggu tapi sebelum itu lagi. Saya ada mesej (Rita) bertanyakan soal anak dan meminta kebenaran untuk bertemu mereka. Malangnya tiada sebarang jawapan. Hanya pada seminggu sebelum saya kahwin, baru dia membalas mesej dan izinkan saya jenguk mereka.

“Itupun kawan yang beritahu selepas terlihat gambar itu di Instagram Rita. Apabila saya tanyakan perkara itu, Rita tempelak saya balik.

“Bukanlah lebih wajar beliau maklumkan kepada saya bahawa anak saya sakit kerana saya adalah bapanya. Ini tidak, beliau lebih senang muat naik gambar ke Instagram daripada memberitahu saya,” jelas Aidil Zafuan panjang lebar.


Comments

  1. Hahaha...kekadang agak janggal dengan apa yang berlaku dalam dunia artis ni. Seolah-olah cerita mereka sama sahaja. Itu yang membuatkan media terus-menerus mencantikkan cerita sensasi mereka. Isk...isk...isk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah bukan ada apa pun si Aidil tu tak dapat datang dan hadir pun nak kecoh

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers