Farriz: Erin Hadir Dalam Hidup Saya Tepat Pada Masanya

Farriz: Erin Hadir Dalam Hidup Saya Tepat Pada Masanya

Farriz: Erin Hadir Dalam Hidup Saya Tepat Pada Masanya


KUALA LUMPUR, 22 JUN 2014: Pelakon dan juga juara program Fear Factor Malaysia 2, Erin Malek selamat melangsungkan pertunangannya bersama seorang ahli perniagaan, Farriz Fauzy, dalam satu majlis yang diadakan malam tadi di Duta Suria Residency, Ampang.

Majlis pada malam itu disertai dengan acara menyarung cincin oleh ibu Farriz, Wan Nor Azmah.

Lima dulang (tepak sirih & cincin, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung & kek) dihantar oleh pihak Farriz dan berbalas tujuh (tepak sirih, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan).

Bagi Farriz, 30, dia yakin Erin hadir tepat pada waktunya iaitu di saat dia kini sedang mencari pasangan untuk mendirikan rumahtangga pada usianya yang kini sudah mencecah 30 tahun.

"Kami benar-benar menjalinkan hubungan cinta pada penghujung Januari lalu, iaitu selepas lebih kurang lima bulan berkenalan. Saya kemudiannya dapat merasakan kami serasi bersama, jadi saya pun meluahkan rasa hati yang sebenarnya dan saya amat serius dalam perhubungan ini serta mahu peringkat seterusnya iaitu berkahwin.

"Saya berterus-terang kerana tidak mahu menjalinkan hubungan cinta yang hanya sia-sia kerana saya sudah pun berusia 30 tahun dan tak mahu tunggu sehingga 35 tahun baru hendak berkahwin.

"Kebetulan, Erin pun memberitahu dia serius dalam hubungan dan sedia untuk berkahwin dengan saya, jadi saya pun terus hantar rombongan untuk meminangnya hari ini dan tanpa menunggu lama mengambil keputusan untuk berkahwin pada Oktober ini," jelasnya.

Majlis yang dihadiri kira-kira 150 orang itu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat Erin Malek & Farriz Fauzy serta beberapa pihak media yang turut menyaksikan ikatan pertunangan tersebut.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers