Hubungan Cinta Hanez Suraya & Romie Sudah Berakhir?
KUALA LUMPUR, 23 JUN 2014: Aktres Hanez Suraya dalam satu kenyataannya kepada Harian Metro semalam berkata dia sanggup mengorbankan hubungannya dengan Romie demi rumahtangga kekasihnya itu bersama isteri, Nur Liyana Abdul Manan.
Berdasarkan kenyatan Hanez itu, ianya seakan memberi petanda bahawa hubungannya dengan Romie kini sudah berakhir dan mereka bukan lagi pasangan kekasih.
Kenyataan itu diluahkan oleh Hanez dan berharap dia tidak lagi menjadi kambing hitam atas apa yang berlaku kepada rumahtangga Romie dan Liyana Manan.
Berikut ialah kenyataan Hanez kepada Harian Metro mengenai situasinya kini bersama Romie dan Nur Liyana.
“Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan. Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa jua masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya.”
“Saya sudah korbankan hubungan kami. Cuma orang yang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang. Apa yang saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini.”
“Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa jua masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya. Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku yang ia sangat tidak bagus.”
Bagaimanapun ada yang sinis mengatakan bahawa Hanez ambil keputusan untuk putus dengan Romie untuk mengelakkan didakwa kerana menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Romie dan Liyana.
Ketika ditanya mengenai perkara berkenaan, Hanez bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Hanez juga enggan lagi berkongsi mengenai Romie.
“Jangan libatkan saya lagi. Saya dah tak nak campur masalah mereka lagi. Saya pun tak nak komen tentang dia (Romie) lagi. Lagipun, ketika perbicaraan itu berlangsung, saya tiada di sini (Malaysia) kerana bercuti ke luar negara dan baru saja pulang tiga hari lalu. Saya tak nak memperbesarkan lagi isu ini. Biarkanlah saya dengan kehidupan saya sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, Nur Liyana dilaporkan membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan fasakh ke atas suaminya. Wanita itu kemudiannya mengambil langkah untuk bercerai secara baik. Tindakan Nur Liyana itu juga mendapat sokongan daripada pengikutnya menerusi akaun Facebook ‘Kami Sokong Liyana Manan’.
iskandarX: Yes ada chance is masuk daun nie hehehehee.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.