Fathia Akui Kasut Biru Hadiah Penghargaan Cinta Dari Aiman
PETALING JAYA, 25 JUN 2014: Pelakon Nur Fathia akui sepasang kasut jenama BCBG Maxazria yang diterimanya adalah merupakan hadiah istimewa daripada kekasihnya, Aiman Hakim Ridza.
Fathia berkata hadiah tersebut merupakan salah satu cara Aiman menghargai hubungan cinta mereka yang kini sudah pun mencecah dua tahun.
"Saya terkejut juga saat menerima hadiah itu. Yelah, dia susah juga nak bagi saya hadiah kerana dia tidak mahu menjakan saya dengan kebendaan.
"Tapi, ketika kami sama-sama berada di Istanbul baru-baru ini saya terkejut dia belikan saya kasut tanpa pengetahuan saya.
"Ianya bukanlah sempena hari istimewa apa-apa atau ulang tahun percintaan kami tetapi dia beritahu hadiah itu sempena dia menghargai hubungan cinta kami berdua.
"Terus-terang saya tak sangka, lebih-lebih lagi kasut itu memang menepati citarasa saya dan saya sangat sukakannya," katanya kepada murai.com.my.
Fathia ditemui ketika Majlis Pelancaran Pizza Hut's Citarasa Ramadan di Restoran Pizza Hut di Kota Damansara, semalam.
Mengulas mengenai hubungan cintanya itu, Fathia memberitahu dia gembira keraa hubuungannya punya perkembangan yang baik dan masing-masibg telah mendapat restu keluarga.
"Saya bahagia dengam Aiman dan hubungan cinta kami semakin hari semakin baik. Keluarga juga boleh menerima kami dengan senang.
"Namun perancangan terperinci untuk ke peringkat seterusnya kami belum berbincang lagi kerana masing-masing sibuk," jelasnya lagi.
Perkembangan lain, Fathia kini berehat daripada segala aktiviti seni bagi menumpukan kepada peperiksaan akhir pengajian undang-undang tahun akhir yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.