Erin Malek Selamat Bertunang, Rancang Nikah Oktober Ini
KUALA LUMPUR, 22 JUN 2014: Pelakon Erin Malek, 20, selamat mengikat tali pertunangannya bersama seorang ahli perniagaan, Farriz Fauzy, 30, yang baru dikenalinya pada Januari lalu.
Majlis pertunangan yang manis dan meriah tu diadakan di kediaman ibunya, Harryzah Hassan di Duta Suria Residency, di Ampang.
Erin yang bersyukur dengan majlis pertunangannya itu berkata jarak usia sepuluh tahun di antara mereka tidak menghalang untuk mereka menjalinkan hubungan cinta kerana lebih serasi.
"Sebenarnya sebelum mengenali dia pun, saya memang suka berkawan dengan orang yang lebih tua dari saya.
"Jadi bila berjumpa dan berkenalan dengan Farriz saya dapat rasa kami serasi malah apa yang membuatkan saya sukakan dia adalah dia amat memahami kerjaya saya sebagai seoeang pelakon yang bekerja tidak mengira masa.
"Saya juga tak sangka perkenalan yang singkat ini akan membawa kami ke satu peringkat perhubungan yang lebih tinggi. Malah saya percaya jika dia jodoh saya, semuanya akan berjalan dengan lancar," katanya.
Erin ditemui bersama tunangnya sebaik sahaja selesai majlis pertunangan mereka malam semalam.
Acara malam itu disertai dengan acara menyarung cincin oleh ibu Farriz, Wan Nor Azmah. Lima dulang (tepak sirih & cincin, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung & kek) dihantar oleh pihak Farriz dan berbalas tujuh (tepak sirih, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan).
Dalam majlis pertunangan itu, kedua dua belah pihak pasangan ini bersetuju untuk menyatukan mereka dengan ikatan yang sah pada Oktober depan.
Majlis yang dihadiri kira-kira 150 orang itu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat Erin Malek & Farriz Fauzy serta beberapa pihak media yang turut menyaksikan ikatan pertunangan tersebut.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.