KRU Lancar Anak Syarikat Yang Ke-11, Kartun Studios

KRU Lancar Anak Syarikat Yang Ke-11, Kartun Studios

KRU Lancar Anak Syarikat Yang Ke-11, Kartun Studios


CYBERJAYA, 23 JUN 2014: Kumpulan Syarikat KRU melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pelancaran anak syarikatnya yang ke-11 iaitu Kartun Studios Sdn Bhd, khusus bagi penerbitan produk animasi 2D dan 3D untuk kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim berkata selain menghasilkan produk bagi pasaran tempatan dan antarabangsa, penubuhan anak syarikat itu juga bertujuan membangunkan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang animasi.

"Sasaran kami adalah menghasilkan tiga filem animasi dalam tempoh lima tahun akan datang, 130 siri animasi 3D dan 130 siri animasi 2D.

"Mungkin bilangan ini akan bertambah sekiranya kita dapat jumlah pekerja yang lebih ramai," katanya kepada pemberita selepas pelancaran studio itu oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Norman berkata filem animasi pertama syarikat itu, 'Ribbit', akan ditayangkan di 80 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, Jerman dan Australia.

Filem itu, yang bakal ditayangkan mulai 4 September depan, turut menerima jemputan sebagai Tayangan Perdana Dunia di Niagara Integrated Film Festival, Kanada pada Sabtu ini.

"Kita harap lebih banyak produk Kartun Studios akan mendapat tempat di pasaran antarabangsa dan domestik," katanya.

Dalam pada itu, Norman berkata KRU akan membuka cawangan di Amerika Syarikat pada Julai atau Ogos depan untuk memasarkan produk-produk Kumpulan Syarikat KRU.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers