Stacy Berkolaborasi Dengan Smash
Penyanyi yang mendapat jolokan Miley Cyrus Malaysia, Stacy kini tampil berkolaborasi dengan kumpulan Smash dari Indonesia menerusi sebuah single berjudul 'Hello' karya Audi Mok dan liriknya ditulis oleh Inu Numata.
Jika anda pernah mendengar lagu ini, pasti anda bersetuju lagu ini mempunyai kelainan tersendiri. Jadi, tidak hairan mengapa lagu ini mendapat tempat di stesen-stesen radio tempatan.
"Lagu Hello ini merupakan lagu bonus yang dimuatkan dalam album Smash yang berjudul 'Step Forward'. Album Smash kali ini merupakan versi yang berbeza daripada pasaran di Indonesia. Versi ini hanya untuk pasaran Malaysia dan kerana itulah kita tampilkan Stacy untuk berduet dengan Smash," ujar Pengurus Besar Warner Music Malaysia, Darren Choy ketika ditemui di majlis pelancaran album Smash di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara pada Jumaat petang.
Album 'Step Forward' memuatkan 15 buah lagu yang antaranya Pahat Hati, Mencurangi Cinta, Siang Dan Malam (dua versi), You Are, Demi Kalian, Kisah Romantis, Selalu Tentang Kamu, Ku Tau Kau Mau, Refresh & Renew, Dunia Cinta, Rindu Ini, I Heart You, Ada Cinta, Senyum Semangat dan Hello.
Smash biarpun tidak begitu dikenali di Malaysia, namun kumpulan ini merupakan sebuah kumpulan Indo Pop yang telah mencetuskan fenomena 'boy band' dalam industri muzik Indonesia sekitar tahun 2011. Selain itu, Smash juga baru sahaja memenangi International Award MNet MAMA Awards baru-baru ini bagi kategori Best International Artist 2013.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.