Dato’ Siti Nurhaliza Bercuti Atas Bot Mewah Persis Lady D
Ketika pertama kali Murai Batu melihat foto-foto percutian Dato’ Siti Nurhaliza di atas bot mewah yang dikongsinya dilaman instagram miliknya baru-baru ini, terus Murai Batu teringatkan filem Diana yang dilakonkan Naomi Watts.
Mana tidaknya, dalam filem berkenaan turut memaparkan Princess Diana atau Lady D sedang enak bercuti di atas bot mewah persis seperti bot yang dinaiki Dato’ Siti bersama suami dan anak-anaknya. Wah! Glamor gitu.
Tapi bukanlah bermaksud Dato’ Siti menggunakan bot yang sama seperti mana yang ditayangkan dalam filem Diana itu, cuma mungkin situasinya agak serupa iaitu di atas bot mewah.
Cuma yang kurang atau tiada di dalam filem Diana itu ialah suami dan anak-anaknya. Tetapi Dato’ Siti nampaknya cukup bertuah kerana percutiannya ke Phuket kali ini telah ditemani oleh suami dan anak-anak.
Malah daripada foto yang dikongsinya itu, mereka seisi keluarga sedang asyik bergembira bermain sukan air seisi keluarga dan tidak ketinggalan menikmati sarapan pagi bersama-sama.
Amboi, naik cemburu pula Murai Batu dibuatnya.
Manakan tidak, Murai Batu pun belum tentu dapat menikmati percutian di atas bot mewah seperti itu, apatah lagi dapat bahagia bersama keluarga kerana Murai Batu masih lagi solo dan masih tercari-cari siapa yang sudi.
Walaubagaimanapun Murai Batu harap Dato’ Siti tidaklah berkecil hati dengan tulisan Murai Batu ini kerana tujuannya hanya satu iaitu untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat anda di luar sana.
Yalah, alang-alang Dato’ Siti sendiri sudah share di dalam Instagram, jadi apa salahnya Murai Batu kongsikan kepada pembaca setia portal murai.com.my.
Cuma apa yang pasti, Murai Batu dapat melihat betapa bahagianya Dato’ Siti bersama keluarganya bercuti di atas bot mewah dan bercanda di pantai bersama-sama.
Persamaan yang ada mungkin pada bot sahaja, tetapi kalau mahu dibandingkan dengan adegan Princess Diana di dalam filem Diana adalah sama sekali berbeza.
Murai Batu nak tunggu, apa lagi kejutan yang bakal Dato’ Siti kongsikan di laman Instagram nya sempena sambutan tahun baru nanti. Memang tak sabar rasanya.
Murai Batu: Ramai betul selebriti kita yang memilih Eropah sebagai destinasi percutian di hujung tahun. Tapi yang peliknya, orang Eropah memilih untuk bercuti di negara kita pula. Terbalik pula jadinya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.