Johan As’ari Tinggalkan Lana Demi Keluarga
Percintaan Johan As’ari dan Lana Nordin akhirnya terlerai jua biarpun masih terlalu baru. Perpisahan itu diumumkan oleh Johan sendiri menerusi akhbar Berita Harian pada Rabu. Jelas pelakon kesayangan ramai itu, dia berpisah dengan Lana pada 24 Disember kerana terpaksa melepaskan Lana lantaran keluarganya tidak dapat menerima pelakon wanita itu.
“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana. Keadaan saya cukup tersepit, umpama diluah mati mak, ditelan mati bapa,” luah Johan kepada Berita Harian.
Jelas Johan As'ari lagi, walaupun dia sayangkan Lana Nordin, dia terpaksa memilih keluarganya berbanding wanita itu.
Perpisahan Johan dan Lana ini bagaimanapun tidak memeranjat kerana sejak awal lagi ramai yang kurang yakin dengan percintaan segera kedua-dua pelakon ini. Lebih-lebih lagi, desas-desus mengatakan ibu Johan tidak merestui percintaan mereka. Perpisahan ini bukti desas-desus selama ini adalah benar.
Sementara itu, Lana dalam satu kenyataan memberitahu dia tetap akan berubah ke arah kebaikan kerana niatnya untuk berubah timbul sebelum mengenali Johan lagi. Tegas Lana, perpisahan dengan Johan bukan penghalang untuknya berubah.
alahai..kesian pulak diaorang..takpe..mungkin bukan jodoh diaorang
ReplyDeletep/s: menabung MasterCard & TM Unifi =)
tu lah, teruja is baca sebab dorang berdua nak kapel smacam nak rak macam nak naik pelamin jeee tup tup putus pulak isk isk isk, kalau ada jodoh takkan kemana, patutnya anak lelaki dia kena buat pilihan dia sendiri kalau anak perempuan lain laa kan?
Delete