SINGAPURA, 4 FEB 2013: MTV Asia hari ini melaporkan bahawa model yang sedang meningkat naik di Singapura, Hanli Hoefer, telah dipilih sebagai VJ untuk mengendalikan musim kedua program The MTV Show yang saban minggu bersiaran.
Pemilihan Hanli Hoefer dibuat selepas model yang bergiat aktif dalam bidang peragaan tempatan ini hadir menjalani ujibakat selepas mendapat tahu bahawa pihak MTV sedang mencari hos baru untuk program terbabit.
Dengan senyuman dan wajah yang menarik, Hanli Hoefer berjaya memikat hari pihak produser MTV dan selain mengendalikan musim kedua program The MTV Show, dia juga akan muncul dalam beberapa program MTV yang terdahulu seperti MTV World serta MTV Session.
Malah, dia juga turut memegang peranan untuk mengetengahkan artis-artis serta acara-acara menarik yang terdapat di sekitar rantau Asia ini.
"Saya sangat teruja! Menjadi VJ MTV sememangnya sudah lama menjadi impian saya. Malah, waktu berusia belasan tahun, saya pernah berangan menjadi VJ MTV dengan menggunakan berus rambut untuk dijadikan mirofon.
"Tidak sangka pula bahawa apa yang saya angan-angankan itu kini menjadi kenyataan. Saya rasa bersyukur kerana diberi peluang yang sama sekali tidak dijangka ini. Saya harap anda akan terus mengikuti MTV untuk menyaksikan bagaimana saya memulakan bab yang pertama dalam hidup saya ini sebagai seorang VJ," katanya.
Dilahirkan serta dibesarkan di Singapura, Hanli adalah seorang pemegang ijazah di United World College dalam kursus kesenian dan psikologi. Dia memulakan kerjayaa dalam bidang peragaan selepas bakatnya mula dikesar pada usia 19 tahun.
Kurang setahun, dia terus menguasai persembahan-persembahan fesyen serta menjadi penghias kulit untuk majalah Her World serta Shape.
Naib Presiden MTV & Comedy Central Brands, Viacom International Media Networks Asia, Tan Sian Ju berkata, pihaknya sendiri berasa cukup berbesar hati apabila dapat memulakan 2013 ini dengan kehadiran VJ Hanli dalam keluarga MTV.
"MTV sentiasa mencari bakat baru dan Hanli nampaknya berjaya mencuri perhatian kami dengan penampilannya yang menarik serta penuh keyakinan. Hanli juga berjaya membawa ciri-ciri muda dan kehiduoan yang menyeronokkan dalam jenama kami dan saya percaya, pengikut MTV juga akan berasakan hal yang sama, kala menontonnya nanti.
"Sepertimana yang kita sedia maklum, MTV sentiasa menjadi tempat kepada penonton remaja untuk menikmati muzik dan budaya pop. Oleh itu, Hanli adalah pilihan yang terbaik untuk mendekatkan MTV dengan golongan ini. Dia ibarat duta remaja kami," katanya.
Untuk mendapatkan informasi VJ Hanli, sila layari:
MTV Page: www.mtvasia.com/vjhanli
MTV Blog: www.mtvasia.com/vjhanliblog
Ikyti Hanli di Facebook, Twitter and Instagram:
Facebook: www.facebook.com/MTVVJHanli
Twitter: twitter.com/hanlihoefer
Instagram: instagram.com/hanlihoefer/
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.