Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 4 FEB 2013: Meskipun baru pertama kali digandingkan bersama, pelakon dan pengacara, Scha Al- Yahya akui mudah untuk membina keserasian bersama penyampai radio Hot FM iaitu AG di dalam program Muzik-Muzik yang ke 28 (MM28) yang telah disiarkan di TV3 jam 5 hingga 6 petang sejak 2 Januari lalu.
Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 30, berkata, keserasian atau chemistry itu mudah dibina apabila mereka sama-sama membantu untuk memberi yang terbaik terhadap gandingan itu.
"Pertama sekali saya bersyukur kerana TV3 memberi peluang kepada saya untuk mengenadalikan program yang saya pernah idam-idamkan untuk mengacarakannya suatu ketika dulu. Malah peluang ini juga merupakan satu permulaan yangt baik untuk tahun 2013 kerana saya dapat mengembangkan lagi bakat saya dalam bidang pengacaraan.
"Tanggungjawab ini sangat berat dan setakat ini, kami tiada masalah untuk membina keserasian menerusi epsiod pertama. Selepas ini, saya berharap AG dapat bertolak ansur dan saling membantu. Saya juga perlu pandai selarikan diri untuk dapatkan keserasian.
"Namun apa-apa pun, saya harap dapat meningkatkan mutu mengacara dan mempelbagaikan karakter agar sebati dengan MM28," katanya kepada murai.com.my selepas sidang media MM28 di Sri Penrtas baru-baru ini.
MM28 akan bersiaran di TV3 setiap hari Sabtu jam 5 hingga 6 petang.
Sementara itu, AG Hot FM pula berkata dia akan terus meningkatkan keserasiannya bersama Scha di set sepanjang rakaman MM28 itu dijalankan.
"Setakat ini kami tiada masalah untuk membina chemistry dan saya harap Scha akan membantu kerana ini gandingan pertama kami. Namun, saya percaya keserasian kami akan meningkat dari masa ke semasa pada rakaman mingguan.
"Yelah, nak lebih-lebih cari chemistry di luar pun tak boleh kerana kami berdua pun masing-masing sudah berkahwin, jadi di setlah masa untuk kami mencari keserasian sebaik mungkin untuk menjayakan program ini,"jelasnya.
Masih mengekalkan carta lagu 20 terbaik dan pencalonan lagu-lagu baru pada setiap minggu, MM28 kali ini membawa konsep berbeza iaitu infotainment dalam berkongsi perkembangan terkini industri muzik di dalam dan luar negara menerusi segmen baru seperti Buzz Buzz, HOT dan Gosip Fifi.
Dalam pada itu, penerbit MM28 Azman Ghaffar berkata, gandingan Scha dan AG dilihat selari dengan konsep baru dan kelainan yang mahu diketengahkan.
"Saya harap pemilihan dua hos baru dalam MM28 ini dapat memantapkan lagi program Muzik Muzik musim baru ini lebih-lebih lagi AG punya background pengacaraan yang agak kuat dan Scha pula punya populariti tersendiri di dalam dunia seni tanah air.
"Namun begitu, kami tetap memanggil dan mempertemukan mereka berdua sebelum mengambil mereka untuk mengacarakan program ini dan saya bdapat melihat keserasian mereka boleh dibina dari hari ke hari.
"Selain itu, kami sengaja mengetengahkan segmen-segmen baru supaya dapat mengemabangkan lagi scoop program ini yang bukan hanya tertumpu kepada carta lagu tetapi perkembangan artis atau penyanyi itu sendiri," jelasnya.
Terdahulu program Muzik Muzik telah dihoskan oleh ramai pengacara yang berbakat di dalam indusrti termasuklah Azwan Ali, Aidil Abdul Ghafar, Faizal Ismail. Cheryl Samad, ND Lala, Adzriefaiz dan ramai lagi.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.