Lokasi Konsert Anuar Zain Berpindah Ke Stadium Malawati


Lokasi, Konsert, Anuar Zain, Berpindah, Ke, Stadium Malawati, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks dan foto oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

Kuala Lumpur, 4 FEBRUARI 2013: Konsert Anuar Zain Tiga Dekat Muzik, Cinta Dan Sanubari yang sepatutnya berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Februari ini terpaksa ditukar ke Stadium Malawati, Shah Alam atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Anuar Zain,43 yang ditemui ketika sidang media pengumuman itu di Hotel Concorde Shah Alam sebentar tadi berkata, penukaran berkenaan adalah disebabkan oleh masalah domestik.

"Kita terpaksa memberi laluan kepada majlis yang akan berlangsung pada keesokan harinya dan masalah teknikal tersebut adalah di luar kawalan kita. Peminat yang sudah mendapatkan tiket akan dihubungi pihak TicketCharge dalam masa terdekat untuk urusan penukaran tempat duduk.

"Peminat tak perlu risau kerana semuanya akan diuruskan oleh pihak penganjur walaupun berlakunya perubahan pada lokasi konsert. Apa yang boleh saya katakan, reka bentuk Stadium Malawati ternyata lebih mesra kerana susunan tempat duduknya yang lebih dekat.

"Malah berbanding Stadium Nasional Bukit Jalil, stadium ini menyediakan tempat letak kereta yang mudah dan lebih banyak,"katanya kepada pihak media.

Konsert yang bakal mendapat perhatian lebih 5,000 penonton itu menyaksikan kemunculan sulung Anuar Zain dalam sebuah konsert mega yang dibantu dengan permainan pelbagai visual menarik.

Setakat ini, lebih 80 peratus tiket telahpun terjual dan Anuar Zain akan menyampaikan 20 buah penuh dan satu medley dalam konsert selama 2 jam setengah itu.

Tambah Anuar Zain, kaunter tiket akan dibuka di Stadium Malawati bermula 6 Februari sehingga hari konsert berkenaan.

"Pelbagai persiapan sudahpun dibuat setakat ini termasuk sesi latihan termasuk 5 lagi latihan yang akan dijalankan selepas ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar di mana Mac Chew akan menjadi pengarah muzik dan Amri Ginang bertanggung jawab sebagai individu yang menyiapkan segala visual untuk konsert itu nanti," katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers