Linda Onn Tak Mahu Kongsi Lelaki Yang Dia Taste


Linda Onn, Tak, Mahu, Kongsi, Lelaki, Yang, Dia, Taste, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 4 FEB 2013: Setiap kali menghadiri acara hiburan yang didatangi media, pengacara dan penyampai radio, Linda Onn tidak boleh lari lagi daripada pertanyaan mengenai bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya.

Malah, sebelum ini pun, Linda pernah menjadi bualan topik masyarakat disebabkan isu melibatkan hubungan cinta dan perkahwinan. Pun begitu, Linda sedikit pun tidak melenting sebaliknya menjawab persoalan itu secara profesional.

"Memang benar saya ada perancangan untuk berkahwin. Bagus juga ada khabar angin yang mengatakan saya akan berkahwin. Bila banyak orang kata, ia sudah jadi macam satu doa. Bak kata orang, kalau lebih 40 orang yang cakap, ia akan dimakbulkan.

"Soal kahwin, bagi saya ia terlalu peribadi. Jodoh adalah ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan segalanya. Memang betul, ada orang cuba datang tackle dan berkenan pada saya. Tapi, it too personal to share. Saya pun tak mahu cakap taste saya macam mana. You can't bring him to me," katanya kepada murai.com.my.

Mengulas lebih lanjut, Linda menyifatkan soal kahwin adalah perkara sampingan. Bagaimanapun, dia berharap sepanjang usaha keras memajukan perniagaannya, dia bakal bertemu dengan bakal suaminya itu.

"Untuk 2013, saya mahu fokus lebih dengan perniagaan saya. Saya masih lagi terus mencari idea baru untuk mengembangkan perniagaan saya ini. Untuk tambah cawangan lagi, masih belum. Sebab, saya mahu lebih fokus dengan apa yang ada dulu," ujar Linda yang bercuti bertugas di radio kerana demam dan masalah suara.

Dalam pada itu, Linda yang kelihatan cukup krab dengan juara Masterchef Selebriti Malaysia, Dato Fazley Yaakob memberitahu, dia tidak mahu menyertai program tersebut seandainya menerima tawaran.

"Saya tidak akan sertai Masterchef Selebriti sama sekali. Saya memang suka memasak tetapi kalau untuk masak depan kamera dan ada juri, jawapannya tidak.

"Saya takkan boleh buat. Untuk Masterchef, dia kena seseorang yang betul-betul boleh berdepan dengan cabaran sertqa mengawal keadaan. Lagipun, kerja saya memang banyak dan selalu bertindan. Rasa macam tak cukup sehari kalau nak buat segalanya. Dan, kalau saya tiada kerja, saya lebih suka habiskan masa dengan menunggan motor pada hujung minggu," jelasnya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers