4 FEB 2012: Selepas memenangi kes mahkamahnya tahun lalu dengan bekas syarikat pengurusannya Galaxy Music Sdn Bhd, juara rancangan realiti Low Sook Yee, atau lebih dikenali sebagai Suki Low menyangka yang dia dapat meneruskan hidupnya tanpa sebarang masalah.
Namun bintang yang baru sahaja berkahwin itu terpaksa hadir ke Mahkamah Rayuan selepas pihak Galaxy Music memfailkan rayuan untuk meminta Mahkamah Tinggi mengubah keputusan yang telah dibuat pada tahun lalu.
Walau bagaimanapun nasib sekali lagi berpihak kepada Suki selepas tuntutan rayuan yang dikemukakan oleh Galaxy Music Sdn Bhd ditolak pihak mahkamah pada hari Selasa, 29 Januari 2013.
Ini mengukuhkan lagi keputusan yang telah dikeluarkan oleh pihak Mahkamah Tinggi tahun lalu menyebabkan pihak Galaxy Music terpaksa membayar Suki RM20,000 lagi kerana memanjangkan kes ini.
Melalui tuntutannya tahun lalu, Suki telah meminta pembabitan Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan syarikat pengurusan Galaxy Music Sdn. Bhd. supaya membatalkan perjanjian yang telah ditandatanganinya dengan mereka.
Malah, Suki juga meminta supaya Galaxy Music Sdn. Bhd. memulangkan wang berjumlah RM367,575.17 yang sebelum ini telah dibayar kepada syarikat pengurusan artis terabit selepas pihak mereka menyatakan bahawa mereka akan menerbit, merakam, mempromosi, memasarkan, mengedarkan dan menyediakan untuk jualan sebuah album antarabangsa berbahasa Cina di Taiwan, China dan Hong Kong, namun gagal untuk melaksanakannya.
Wang sebanyak itu merupakan wang hadiah yang telah diterimanya selepas menjuarai sebuah rancangan TV realiti bernama One In A Million pada tahun 2006.
Walaupun telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar Suki dengan jumlah ganti rugi tersebut, Galaxy Music masih enggan melakukannya. Oleh kerana itu, Suki telah memperoleh arahan mahkamah untuk membawa para pengarah Galaxy Music ke mahkamah bagi pemeriksaan demi memastikan kemampuan Galaxy Music untuk membayar jumlah wang yang telah dituntut.
Proses ini masih berterusan dan para pengarah Galaxy Music iaitu Chan Tak Wai serta Wong Yoke May dikehendaki menghadiri sesi mahkamah untuk menyelesaikan isu ini pada 6hb dan 7hd Februari 2013 di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Suki yang diwakili oleh syarikat guaman, Raj, Ong & Yudistra menyatakan yang dia berharap semuanya akan benar-benar berakhir kerana perkara ini telah berlarutan terlalu lama. Suki kini sedang sibuk menyiapkan album terbarunya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.