Ibu Liyana Jasmay Enggan Komen Isu Foto Pra Perkahwinan


Ibu, Liyana Jasmay, Enggan, Komen, Isu, Foto, Pra, Perkahwinan, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia,


KUALA LUMPUR, 4 FEBRUARI 2013: Mungkin ramai tidak mengenali nama Datin Hjh Habsah Simpon namun ramai yang mengenali wajah mesra ibu kepada aktres Liyana Jasmay yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya Sabtu, 2 Februari lalu di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Kelibatnya jarang sekali tiada di mana sahaja Liyana Jasmay berada. Menjadi insan paling dekat dengan selebriti terkenal tersebut, ibunya antara individu yang tampil memberi ulasan mengenai kontroversi berkaitan gambar pra perkahwinan yang telah menimbulkan kekecohan selang seminggu sebelum hari bahagia aktres itu.

Ketika ditemui di majlis pernikahan Liyana, Datin Hjh Habsah tidak mahu mengulas lanjut isu tersebut dan berharap cerita ini akan akhir begitu sahaja. Dia juga bersyukur kerana majlis yang dinantikannya itu telah sempurna berlaku.

"Mengenai isu tersebut saya tiada apa-apa untuk dikomen lagi. Saya bersyukur dengan kelancaran majlis yang berlangsung pada pagi ini, Alhamdulillah," ujarnya ringkas.

Datin Hjh Habsah menyambung tugas menjaga dan menguruskan Liyana setelah kakaknya yang sebelum ini menjaga Liyana telah melangsungkan perkahwinan. Menjadi antara insan yang paling rapat dengan pelakon dan penyanyi tersebut, wanita ini turut berkongsi perasaannya setelah melepaskan anak bongsunya itu bergelar isteri orang.

"Saya memang dah letakkan dalam fikiran saya mengenai kitaran kehidupan. Sekarang ini masa untuk dia melangkah ke fasa baru dalam hidupnya. Saya pun pernah melalui perkara yang sama dimana saya berjauhan dengan keluarga selepas menjadi isteri.

"Pada saya, tugas sebagai ibu bapa tidak pernah habis walaupun anak kita telah menjadi tanggungjawab orang lain. Setiap hari saya mendoakan kesejahteraan anak-anak saya.

"Perasaan pula lebih kepada gembira, lega kerana semua telah berjalan dengan baik dan sempurna. Hanya menunggu majlis pada malam ini agar berlalu dengan lancar,"tambahnya lagi.

Liyana Jasmay telah selamat diijabkabulkan dengan Fathuddin Mazlan pada pagi tadi di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Majlis resepsi bagi kedua mempelai ini akan berlangsung pada malam ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Malam ini.

Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers