The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur 17 Feb Ini


The Return of Paramore, Live, in, Kuala Lumpur, 17, Feb, Ini, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 16 JAN 2013: Kunjungan Paramore pada 17 Februari kelak bakal mencatatkan kadatangan mereka buat kali ketiga di negara kita.kumpulan Pop Rock yang diminati ramai ini akan mencetuskan fenomena yang sudah menjadi signature mereka dalam The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur.

Diketuai oleh vokalis terhebat kumpulan ini Hayley Williams, Paramore kini dalam siri jelajah sempena dengan album baru mereka yang akan dilancarkan pada April kelak. Livescape Asia dengan bangganya membawakan Paramore dengan kerjasama daripada Tune Talk dan Blackberry.

Perkara ini telah diumumkan oleh Paramore melalui laman web rasmi kumpulan rock ternama in dengan menyatakan bahawa album terbaru mereka ini lebih kepada mencari identiti kumpulan Paramore sendiri dan menceritakan persahabatan di antara mereka.

"Album ini adalah kami", kata Hayley Williams melalui laman web mereka, Paramore.net.

Menerusi konsert "The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur", Paramore akan tampil dengan penuh bertenaga di samping mempersembahkan single terbaru daripada mereka yang berjudul 'Now".

Penganjurnya, LIVE Events dari Livescape Asia melalui pengarahnya Rahul Kukreja berkata, bahawa kolaborasi pertama mereka bersama Tune Talk dan Blackberry diharapkan dapat diteruskan bagi memberikan peminat muzik tempatan dengan lebih banyak lagi persembahan pentas seperti ini.

Tune Talk yang diwakili Jason Lo selalu Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi ini juga turut menyeru kepada pengguna Tune Talk khususnya untuk mengumpul lebih banyak mata untuk membolehkan mereka memenangi pelbagai hadiah.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan khabarnya adalah kejutan-kejutan yang mereka sediakan untuk peminat muzik tempatan dengan pelbagai konsert dan acara muzik yang direncanakan untuk 2013.

The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur" yang bakal berlangsung di Stadium Negara , Kuala Lumpur pada 17 Februari nanti turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh kumpulan indie daripada Amerika Syarikat, MewithoutYou dan tidak ketinggalan kumpulan punk rock tempatan, One Buck Short.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh mendapatkan maklumat terkini serta informasi mengenai konsert The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur yang dibawakan khas oleh Tune Talk dan Livescape Asia di www.facebook.com/tunetalk dan www.facebook.com/livescape. Tiket-tiket pula boleh dibeli secara online di www.ticketpro.com.my

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers