KUALA LUMPUR, 17 JAN 2013: Meskipun Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) tiada hak dalam mencampuri masalah yang dihadapi di antara penyanyi , Uji Rashid dengan pihak stesen televisyen TV3, presidennya, Datuk DJ Dave akui akan tetap menyebelahi penyanyi popular era 70-an dan 80-an itu.
Datuk DJ Dave atau nama sebenarnya Irwan Shah Abdullah memberitahu pihak penganjur sepatutnya perlu menjelaskan kepada Uji Rashid tentang isu Aizat menggantikan tempatnya untuk membawakan lagu Yuna, Terukir Di Bintang dalam Anugerah Juara Lagu ke- 27 (AJL 27) dan bukan hanya bertindak lepas tangan begitu sahaja.
"Sebenarnya kami di YA1M hanya berperananan membantu dalam memberi sumbangan kepada artis veteran berusia 60 tahun ke atas yang memerlukan bantuan kewangan atau sebagainya.
"Selebihnya, jika ada isu begini kami hanya bertindak sebagai penasihat kepada artis itu terhadap apa yang yang berlaku kerana dalam hal ini pihak persatuan seperti Seniman atau Papita (Persatuan Penyanyi Penyanyi Tanah Air) sahaja yang berhak mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan.
"Jika benar apa yang media sampaikan baru-baru ini, saya merasakan pihak penganjur tidak patut berbuat demikian. Mereka sepatutnya memberi penjelasan dengan cara terhormat kepada Uji terhadap penyingkiran itu dan bukan hanya menyingkirkannya begitu sahaja.
"Namun, saya sendiri tidak boleh mengulas lanjut tanpa mengetahui asal usul kejadian yang berlaku," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Terdahulu, portal murai.com.my telah menyiarkan laporan secara eksklusif mengenai pemilihan Uji Rashid menggantikan tempat Yuna untuk membawakan lagu Terukir Di Bintang.
Pemilihan Uji Rahsid itu dibuat sendiri oleh penyanyi, pemuzik serta komposer berbakat itu tidak dapat beraksi di pentas AJL 27 kerana terikat dengan komitmen yang berkaitan dengan aktiviti seninya di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Namun, dua hari sebelum acara berprestij itu berlangsung, tempat Uji Rashid telah digantikan oleh Aizat Amdan tanpa pengetahuan dirinya.
Menurut pendapat DJ Dave lagi, isu itu boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik jika pihak penganjur boleh memberikan peranan lain terhadap Uji Rashid di AJL 27 baru-baru ini.
"Jika mereka merasakan Uji tidak boleh membawakan lagu itu, mungkin ada cara lain untuk mereka selesaikan isu ini. Bukan dengan melepas tangan begitu sahaja. Pada pendapat saya, jika dia (Uji Rashdi) tidak dapat membawakan lagu tersebut, mungkin ada cara lain untuk pihak TV3 lakukan supaya tidak nampak seperti Uji disingkirkan.
"Mungkin dengan tetap menyertakannya di dalam AJL 27 itu dalam peranan persembahan lagu tersebut atau dalam penyampaian anugerah dan sebagainya," jelasnya lagi.
Baru-baru ini, Yayasan Artis 1 Malaysia telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM2000 seorang kepada 130 artis veteran yang berusia 60 tahun ke atas dalam meringankan beban sara hidup mereka.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.