Adi Putra Suka Watak Romeo, Selesa Bersama Rita Rudaini


Adi Putra, Suka, Watak, Romeo, Selesa, Bersama, Rita Rudaini, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 17 JAN 2013: Jika sebelum ini aktor kelahiran Singapura, Adi Putra sering dilihat membawakan peranan yang lebih lasak baik di layar perak mahupun di kaca televisyen, namun begitu dia sebenarnya lebih gemar membawakan watak yang romantik atau lebih jelas lagi watak sebagai seorang Romeo.

Pengakuan ini dibuat sendiri olej jejaka berusia 32 tahun ini kepada portal murai.com.my ketika ditemui pada majlis pelancaran siri terbaru Sehangat Asmara yang bakal ditayangkan di Astro Mustika HD bermula 21 Januari ini.

"Tahun 2013 saya akan lebih banyak membawakan watak-watak dalam jalan cerita berunsurkan cinta. Ini mungkin kerana saya need to be loved. Namun begitu sebenarnya saya akan muncul dalam banyak cerita-cerita aksi dan bukan cinta seperti. Misalnya, KL Gangster 2, Balistik, Hanyut dan beberapa lagi di 2013. Jadi ini adalah rencana untuk tahun 2014.

"Pada saya watak yang menghendakkan saya bercinta atau senang cakap watak Romeo sebenarnya lebih evergreen. Watak-watak sebegini akan lebih meninggalkan kesan kepada penonton yang menghayati watak sedemikian. Kalau hero, lama-lama orang akan lupa. Saya mahu orang ingat saya kerana watak-watak cinta,"ujarnya berseloroh bercerita mengenai rencana karier lakonan akan datang.

Sesi temubual tersebut turut membincangkan tentang watak yang dibawakan Adi dalam Sehangat Asmara iaitu Zainal Arief. Menurut Adi, walaupun jarang digandingkan bersama Rita Rudaini, dia merasakan senang untuk bekerjasama dengan Kamilia Najwa dalam set Sehangat Asmara.

"Walaupun pada mulanya seperti ada ruang d iantara saya dan Rita tetapi lama kelamaan kerana watak yang dibawa membuatkan kami rapat dan merealisasikan watak dan kisah cinta mengikut jalan cerita sebenar Sehangat Asmara.

"Memang banyak babak-babak romantis seperti dukung, cium dan beberapa lagi namun kerana pasangan saya adalah Rita, saya tahu dia seorang yang profesional. Ada sesetengah aktres tidak boleh melakukannya dan ada pula yang akan mentafsir cara lakonan sebegitu dengan maksud yang lainnya.

"Kadang-kadang dalam lakonan, apa yang kita cuba sampaikan tidak semestinya melalui kata-kata. Melalui gerak tubuh dan tingkah laku saja sudah cukup untuk meninggalkan kesan kepada penonton.

"Saya percaya, saya dan Rita sudah lakukan yang terbaik untuk menjiwai watak Zainal Arief dan Kamilia Najwa agar pembaca novel yang menonton cerita ini akan merasai pengalaman yang sama seperti mereka membaca novel tersebut,"ujarnya yang yakin Sehangat Asmara mempunyai kehebatan tersendiri dari segi jalan ceritanya yang kuat.

Sehangat Asmara adalah adaptasi daripada novel yang juga ditulis penulis yang sama untuk Adam & Hawa iaitu Aisya Sofea. Hal ini menyebabkan Sehangat Asmara akan dibandingkan oleh para penonton yang menonton siri Adam dan Hawa yang sebelum ini telah menjadi fenomena di saluran Mustika HD.

Bagi Adi, walaupun hampir keseluruhan produksi adalah sama digunakan ketika Adam & Hawa, baginya fenomena yang telah lama wujud dek novel Sehangat Asmara itu sendiri akan memberikan impak yang tersendiri kepada penonton.

"Kalau nak cakap pasal fenomena, dari dulu lagi Sehangat Asmara sudah pun jadi fenomena. Atas sebab itu, tidak timbul soal adakah ia dapat menandingi Adam & Hawa kerana ini bukan sambungan tetapi jalan cerita yang baru.

"Para pembaca yang telah membaca Sehangat Asmara sudah tentu ingin melihat bagaimana ia diintrepretasikan di kaca televisyen. Saya sendiri ada menerima banyak feedback daripada pembaca novel ini yang tidak sabar untuk melihat bagaimana ia diterjemahkan ke drama bersiri,"jawab Adi Putra ringkas.

Sehangat Asmara akan menampilkan Adi Putra sebagai Zainal Arief yang telah berjanji pada cinta hatinya, Kamilia Najwa mempertahankan hubungan mereka walaupun mendapat tentangan keluarga. Pasangan romantis dalam drama air mata Sehangat Asmara ini akan menemui penonton pada 21 Januari ini eksklusif di saluran Mustika HD 134.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers