Jatt Black Dog Bone Pilihan Kedua Selepas Rahim Maarof


Jatt, Black Dog Bone, Pilihan, Kedua, Selepas, Rahim Maarof, Artis Malaysia, Rocker Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR,27 JAN 2012: Pihak penganjur showcase One Nite Only iaitu Harithmai Productions mengakui sedikit kecewa apabila penyanyi pilihan pertamanya, Rahim Maarof tidak dapat beraksi di dalam showcase yang akan berlangsung di The Heritage Club, Hotel Royal Chulan pada 8 Februari dan 8 Mac 2013.

Namun produsernya, Faizal Tan Sri Mustapha berkata, pihak mereka akur dengan keputusan Rahim Maarof yang terpaksa membatalkan showcase itu disebabkan komitmen lain yang perlu dipenuhi penyanyi lagenda tersebut.

"Pada mulanya, memang Rahim Maarof menjadi pilihan utama dan pertama kami dalam showcase One Nite Only tetapi apabila kami menawarkannya untuk mengadakan pada 2 tarikh yang kami ada itu, dia sendiri telah meminta maaf kepada kami kerana tidak dapat melakukannya.

"Rahim Maarof memberitahu pada tarikh tersebut dia terpaksa terikat dengan komitmen lain yang sudah direncanakan lebih awal. Namun kami di Harithmai Production tetap mahukannya untuk showcase kami seterusnya yang masih lagi dalam perancangan," jelasnya kepada murai.com.my

Namun begitu, Faizal memberitahu dia berjaya menggantikan tempat Rahim Maarof kepada vokalis kumpulan Black Dog Bone iaitu Jatt pada 8 Februari ini untuk showcase One Nite Only. Sementara pada showcase kedua iaitu 8 Mac 2013, mereka masih mengekalkan penyanyi asal pilihan mereka iaitu penyanyi Jazz, Lokman Aslam.

Bercakap mengenai pemilihan dua penyanyi tersebut untuk showcase itu, Faizal menjelaskan pemilihan mereka disebabkan mahu menonjolkan dua generasi berbeza dalam industri muzik tanah air.

"Kami hanya memilih Jatt untuk tampil di dalam showcase pertama One Nite Only kerana kami mendapati dia salah seorang penyanyi yang popular dan mempunyai 40 tahun pengalaman dalam indusrti muzik tanah air.

"Manakala Lokman pula, walaupun dia penyanyi baru tetapi dia mempunyai ciri-ciri superstar dalam dirinya dan muzik jazz yang dibawakan juga sesuai untuk persembahan malam itu nanti.

"Kami sengaja bawakan pada peminat muzik tempatan dengan dua penyanyi yang datang daripada generasi berbeza," jelasnya lagi di dalam siding media One Nite Only di Hotel Royal Chulan, oetang semalam.

Persembahan One Nite Only untuk kedua-dua tarikh itu dijadualkan akan berlangsung pada 7 malam hingga 9 malam. Tiket akan dijual dengan harga RM50 seorang . Tiket boleh didapati dengan menghubungi Hotel The Royal Chulan Kuala Lumpur di 03- 26889604 atau The Heritage Club di 03-26889614 atau pihak penganjur Harithmai Productions menerusi Lisza di talian 0193391445.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers