KUALA LUMPUR, 17 JAN 2013: Kalau melihat kepada cara percakapan yang terkeluar daripada mulut penyanyi Uji Rashid terhadap stesen televisyen, TV3 ia seolah-olah menunjukkan penyanyi tersebut seperti berpatah arang berkerat rotan dengan pihak pengurusan stesen televisyen swasta tersebut.
Biarpun pada awalnya, Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid tidak lagi mahu menggembar-gemburkan perkara ini dan hanya mahu menelan segala keperitan yang dilaluinya selepas membuat persedian rapi terutama sekali kesihatan dirinya sebelum disingkirkan dari membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-27, namun penyanyi ini bangkit bersuara apabila pihak Seniman tampil membantu untuk menuntut keadilan.
Begitu juga dengan peminat Uji Rashid yang dikhabarkan marah dengan tindakan yang dibuat oleh TV3 itu. Ironinya, sehingga kini pihak TV3 belum memohon maaf atau menjelaskan situasi sebenar mengenai tindakan mereka menggantikan tempat Uji Rahsid dengan Aziat untuk membawakan lagu Yuna, terukir Di Bintang. Hal ini berlaku beberapa hari sebelum berlangsungnya AJL 27 pada 6 Januari lalu.
"Selepas cerita ini menjadi isu, macam-macam yang saya dengar. Ada yang betul, ada yang tidak. Mengingatkan kembali peristiwa dan layanan yang diberikan kepada saya oleh mereka, saya memang marah.
"Selama 38 tahun saya berada dalam industri, mengapa baru sekarang nak cakap saya tidak boleh menyanyi. Memang betul keputusan dibuat demi menjaga nama baik ramai pihak termasuk saya sendiri. Tetapi cara yang dilakukan adalah tidak wajar dan mengguris perasaan saya.
"Jadi selama 38 tahun ini kenapa sekarang saya tidak boleh menyanyi? Yuna bertindak memilih saya, pasti dia ada sebabnya tersendiri. Sebaliknya saya disingkirkan dengan cara yang tidak profesional. Mana letaknya etika dan cara penganjur dan mereka yang terlibat dalam membuat keputusan?,"soalnya dalam nada tegas tetapi kecewa apabila dilayan sedemikian.
Uji Rashid telah menceritakan bagaimana semua ini berlaku dan di mana silapnya pengurusan Yuna membuat percaturan sehingga terjadinya perkara ini. Dia turut mengimbau pertemuan pertamanya bersama Yuna ketika itu.
"Memang daripada awal lagi, saya kalau boleh tidak mahu mengambil tanggungjawab ini. Setelah diyakinkan Yuna yang meminati suara klasik saya, Yuna tidak mempunyai calon lain dan mahukan saya membawakan lagu Terukir Di Bintang.
"Setelah mendapat kepercayaan daripada ramai pihak termasuk keluarga Yuna sediri, saya bersetuju dan mula membuat persiapan setelah lagu tersebut diumumkan layak ke final AJL27. Namun, saya telah jatuh sakit beberapa hari sebelum mereka mengadakan sesi latihan.
"Walaupun begitu saya yang sepatutnya masih dirawat di hospital, telah sanggul datang untuk latihan bersama pemuzik. Tetapi saya sudah berpesan kepada Dato` Ramli MS, saya tidak sihat tetapi saya akan tetap buat sesi latihan ini.
"Entah di mana silapnya, mungkin ada pihak yang tidak yakin dengan saya daripada awal telah memutuskan untuk menggantikan saya selepas menilai kepada persembahan saya pada malam tersebut," cerita Uji Rashid kepada murai.com.my mengenai peristiwa tersebut.
Menghidap masalah kekurangan oksigen didalam paru-paru, Uji telah ditahan di wad beberapa hari sebelum persiapan terakhir AJL 27 dibuat. Dia telah memperjudikan nyawanya bila memohon untuk keluar walaupun pihak hospital agak keberatan berbuat demikian. Dia juga telah mendapatkan ubat yang paling baik untuk memulihkan kondisinya sebelum malam final AJL27.
Niat Uji berlaku jujur tentang kesihatannya untuk meyakinkan penganjur bahawa dia akan tampil sihat pada 6 Januari lalu akhirnya telah melenyapkan terus impiannya untuk memenuhi permintaan Yuna untuk membawakan lagu Terukir Di Bintang.
Tidak menyalahkan Yuna, Uji turut bercerita tetang tindakan daripada Yuna yang telah memohon maaf dengan segera di atas apa yang telah berlaku dan turut menyatakan kekesalan kerana tidak dapat berada di sini untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.
"Memang ibu Yuna ada menghubungi saya dan memohon maaf diatas semua yang berlaku. Dia sendiri tidak boleh berbuat apa, malah Yuna juga dikatakan tidak senang duduk kerana tiada di sini untuk menangani perkara ini.
"Yuna juga ada menghubungi saya dan melahirkan perasaan kecewa dan memohon maaf diatas perkara yang berlaku. Dia turut memberitahu dia akan berjumpa dengan saya jika dia pulang ke tanahair kelak," tambah Uji Rashid lagi.
Selepas kes ini, nama Uji Rashid kembali disebut-sebut dan dikhabarkan menjadi perhatian. Pihak murai.com.my bertanyakan adakah dia akan tampil mebuat persembahan jika diundang pada masa akan datang?
Menurut pelantun lagu Semakin Hari Semakin Sayang ini, dia akan lebih berhati-hati selepas ini kerana dia tidak mahu lagi niatnya untuk menghibur serta namanya dipersendakan seperti apa yang berlaku baru-baru ini.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.