Dominasi Berterusan Jozan Dalam MLM 2012


Dominasi, Berterusan, Jozan, Dalam, MLM, 2012, Artis Malaysia, Maharaja Lawak Mega, Hiburan, Malaysia


JOHOR BAHRU, 19 JAN 2013: Rezeki nampaknya terus memihak kepada Jozan apabila mereka diisythiarkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) sebentar tadi.

Bersaksikan ribuan penonton yang membanjiri Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jozan yang dianggotai Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz atau Johan, 28, dan Mohd Razizan Abdul Razak atau Zizan, 28, diumumkan sebagai juara oleh hos MLM 2012, AC Mizal yang menyaksikan mereka menewaskan kumpulan Jambu sekali gus memenangi hadiah berupa wang tunai RM500,000 beserta trofi.

Jangkaan ramai pihak bahawa Johan akan membuat kemunculan di peringkat akhir menjadi kenyataan apabila dia muncul di saat persembahan pertama Jozan meskipun belum pulih sepenuhnya dari kecederaan dibahagian kaki.

Kumpulan Jambu yang dianggotai Zamatul Amri Bin Zakaria atau Tauke, 36 dan Yussry Edoo atau Yus, 36, pula meraih gelaran naib juara dan membawa pulang RM250,000 beserta trofi.

Wakil tuan rumah, kumpulan Shiro yang dianggotai Shahrol Azizie Bin Azmi (Shahrol), 27, dan Mohd Hanaffi Bin Razak (Ajak), 25, terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM150,000 beserta trofi.

Dua lagi finalis, iaitu kumpulan Boboi dan Say Who masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut menerima hadiah. Boboi membawa pulang wang tunai RM50,000 manakala Say Who pulang wang tunai RM15,000.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani dan Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai.

Gelanggang Akhir Maharaja Lawak Mega 2012 turut bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

Tema pada malam final ini ialah bebas dan muzikal komedi. Awie Wings, Wulan Guritno, Najip Ali dan Lisa Surihani hadir sebagai juri tetap untuk MLM 2012.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers