Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi
Foto: Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 18 JAN 2013: Malam kemuncak Samsung Galaxy The 27th Golden Disk Awards (GDA) bahagian satu telah diadakan penuh meriah sekali dengan dihadiri lebih 10,000 penonton dari seluruh Asia Tenggara.
Malah, sebelum anugerah dimulakan tepat jam 7.30 malam, sesi karpet lebih dulu menghiasi anugerah ini dengan diwarnai pelbagai fesyen yang digayakan bintang K-Pop yang hadir.
Istimewa buat anda, portal murai.com.my sempat mendapatkan beberapa komen bintang K-Pop terhadap penganjuran GDA di Malaysia dan perkembangan terbaru mereka.
BTOB
"Kami masih belum ada perancangan untuk album baru. Bagaimanapun, kami masih terus berlatih untuk persediaan album baru kami. Begitu juga dengan konsert. Kami masih belum ada perancangan lanjut untuk mengadakan konsert di Malaysia.
Pun begitu, kami berharap satu hari nanti ia bakal terlaksana di Malaysia. Mungkin pada Mei atau Jun depan kami akan datang Malaysia lagi untuk buat konsert. Apapun, ini kali kedua kami datang Malaysia dan kami gembira dan teruja berpeluang kembali ke sini. Kami berharap peminat di Malaysia akan terus menyokong karier kami."
Juniel
"Ini pertama kali saya datang ke Malaysia dan juga kali pertama dicalonkan dalam GDA. Saya berasa sangat gembira dan rasa dihargai. Saya suka makanan di sini. Ianya sedap sekali. Kalau ada peluang, saya mahu kembali lagi di sini. Terima kasih kepada semua peminat Malaysia kerana menyokong saya yang masih lagi hijau dalam industri muzik K-Pop. Teruslah menyokong saya."
EXO
"Kami gembira kerana pertama kali datang ke sini. Kami rasa dihormati apabila tercalon dalam GDA yang dianjurkan di Malaysia. Kami tidak sabar untuk berjumpa dengan peminat di Malaysia apatah lagi untuk mengadakan persembahan di sini."
CN Blue
"Kami tersangatlah gembira datang lagi ke Malaysia. Kami gembira bukan saja kerana K-Pop terus diminati tetapi GDA dapat dianjurkan di sini. Kami sangat sayang Malaysia. Single baru kami baru saja keluar di Korea Selatan dan berharap single tersebut dapat sambutan di Malaysia seperti mana lagu kami sebelum ini. Kami memang ada perancangan untuk mengadakan konsert di Malaysia lagi."
FT Island
"Kami bersyukur kerana dapat datang ke sini apatah lagi di negara kami ketika ini masih lagi sejuk. Cuaca di Malaysia membuatkan kami rasa selesa. Kami tak sabar nak berikan hiburan terbaik buat peminat kami di Malaysia. Terima kasih atas segalanya."
KARA
"Gembira dan rasa teruja. Kami suka Malaysia dan seronok apabila diberi peluang ke negara yang indah ini. Terima kasih kerana menyokong kami."
SHInee
"Ini kali kedua kami di sini. Kami berasa sangat happy dan berjaya akan terus buat yang terbaik demi peminat kami di Malaysia.Kami betul-betul rasa gembira."
BEAST
"Sangat berbesar hati kerana kami sering saja mendapat undangan dari Malaysia. Kami memang suka Malaysia. Harap anugerahyang pertama kali dianjurkan di Malaysia ini dapat memberikan kenangan terbaik buat peminat K-Pop di Malaysia terutama sekali peminat kami."
Infinite
"Kami cinta kamu. Kami berasa betul-betul teruja dan gembira berada di Malaysia. Kami tidak sabar nak jumpa peminat di Malaysia yang sangat mesra dan selalu menyokong kami. Terulah menyokong kami. Setakat ini, kami masih belum tahu bila tarikhnya kami akan datang ke sini lagi untuk mengadakan konsert. Tapi kami berjanji akan melakukan sesuatu yang lebih menarik khas untuk peminat kami. Kami sangat suka makanan di Malaysia tapi maaf kami tak ingat apa nama makanan itu."
Super Junior
"Tahun lepas kami dah menang. Kami gembira kerana tahun ini kami masih lagi terus dicalonkan lagi. Kami berharap semua yang berada di sini gembira dengan penganjuran GDA kali ini. Super Junior pernah adakan konsert di sini dan berjanji akan terus membuatkan konsert lagi di sini. Terus sokong kami dan kami akan berikan yang terbaik buat anda semua."
t ara made marvelous. love them! lovey dovey
ReplyDelete