Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 17 JAN 2013: Karektor Kamilia Najwa yang dibawa oleh Rita Rudaini telah membuatkan aktres kelahiran Perlis ini banyak bermain air mata ketika menjayakan penggambaran drama bersiri Sehangat Asmara terbitan Global Station Sdn Bhd.
Walaupun sulit untuk menceritakan perasaan sebenar yang dirasai Rita Rudaini tatkala menjiwai peranannya untuk drama bersiri sebanyak 33 episod ini, namun aktres jelita ini akui ianya telah dilaksanakan dengan bantuan daripada pengalaman hidup yang pernah dilaluinya.
Tidak menyamakan sepenuhnya kisah cinta dan kehidupannya dengan Kamalia Najwa , namun Rita menjelaskan dia boleh merasai perasaan yang dialami oleh watak yang dijelmakan dalam novel nukilan Aisya Sofea itu.
Malah, Rita yang dilihat cekal melalui cabaran hidup telah berkongsi pahit -manis ketika membawakan watak tersebut.
"Saya akui memang pengalaman hidup membuatkan saya lebih mudah menjiwai watak Kamilia Najwa. Senang bagi saya untuk masuk dalam jiwa watak itu dan saya juga faham dengan konflik yang dilaluinya. Walaupun kebenaran itu adalah pahit, untuk merasa terguris dek watak itu, rasanya tidak.
"Secara tak langsung saya jadi kuat. Dengan watak itu juga saya boleh tunjukkan kepada umum sebagai wanita atau ibu yang dilanda masalah rumahtangga dengan anak-anak dan sebagainya, selagi boleh bertahan, kita kena teruskan.
"Ia berlaku secara kebetulan, secara tidak langsung ia juga dapat memberikan mesej kepada umum mengenai realiti yang berlaku,"jelas Rita kepada murai.com.my mengenai dakwaan tentang persamaan watak Kamilia Najwa yang sedikit-sebanyak merujuk tentang kisah hidupnya.
Rita Rudaini turut berkongsi tentang hobinya ketika dibangku sekolah yakni membaca novel turut membuatkan dia tidak berpikir panjang untuk menerima watak Kamilia Najwa dalam Sehangat Asmara.
"Dulu saya sudah pun membaca novel Sehangat Asmara ini dan ia turut menjadi antara novel kegemaran saya selain Tangisan Bulan Madu. Jadi mendapat tawaran untuk membawa watak yang dulunya hanyalah sekadar imaginasi, menjadikan saya lebih teruja.
"Tetapi apabila mendapatkan naskhah baru Sehangat Asmara, bila saya mula baca bab pertama sahaja, ia sudah pun terasa sedih. . Terasa juga bebanan pada awalnya. Namun mengingatkan saat manis percintaan Kamilia dan Zainal Arief, saya jadi kuat pula untuk membawakan watak tersebut.
"Saya ini pula jenis yang susah nak menangis, bila dah seharian menangis, terus jadi stressed juga dan air mata pun terus jadi kering. Kiranya ini adalah drama yang paling banyak sekali membuatkan saya bermain air mata dan ia memang susah,"cerita Rita yang sudah pernah berlakon untuk drama adaptasi novel kegemarannya melalui Tangisan Bulan Madu sebelum ini.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.