Perang Pontianak Di Dalam Breaking Dawn Part 2

Filem: The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2

Pelakon: Kristen Stewart, Robert Pattinson, Taylor Lautner, Peter Facinelli, Elizabeth Reaser, Ashley Greene, Mackenzie Foy

Pengarah: Bill Condon

Penulis skrip: Melissa Rosenberg, Stephenie Meyer,

Genre: Drama Fantasi

Klasifikasi: PG 13

Sekali Imbas:

Perang Pontianak Di Dalam Breaking Dawn Part 2


Kesinambungan cinta antara Bella Swan dan Edward Cullen berterusan dalam Breaking Dawn apabila akhirnya Bella secara rasminya telah menjadi Pontianak yang kekal abadi. Namun, kekalutan berlaku dengan kemunculan anak hasil hubungannya bersama Edward bernama Renesmee yang telah mewujudkan kemarahan puak pemimpin Pontianak.

Ulasan Penuh

Bagi peminat siri filem Pontianak popular, Twilight, inilah kesinambungan yang dinanti-nantikan untuk melihat bagaimana Bella Swan lakonan Kristen Stewart berubah sebagai Pontianak selepas dia mengikat tali perkahwinan bersama Edward Cullen ( Robert Pattinson) yang akhirnya melahirkan anak sulung mereka.

Di dalam episod The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 ini juga, tiada lagi perebutan antara kelompok Pontianak dalam pasukan Edward dengan sekumpulan serigala jadian dalam kumpulan Jacob Black (Taylor Lautner), sebaliknya lebih sebagai penyatuan mereka dalam satu keluarga yang lebih besar.

Malah, kerana penyatuan antara keluarga serigala dan Pontianak itu jugalah, telah tibul rasa cemburu puak Pontianak yang lain yang sanggup menyebarkan fitnah selepas kelahiran cahayamata pertama Bella iaitu Renesmee (Mackenzie Foy).

Renesmee merupakan anak separa pontianak dan separa manusia, telah disifatkan kelompok pemimpin pontianak Volturi sebagai bayi ajaib kekal abadi yang dilihat berupaya memusnahkan generasi Pontianak zaman berzaman.

Kerana faktor itu jugalah, kehadiran Renesmee di muka bumi telah mengancam Volturi dan mengambil keputusan untuk menghantar bala tentera berjubah merah untuk memusnahkan anak kecil itu sebelum ianya memusnahkan kehidupan Pontianak lain.

Kepada yang rindukan drama cinta tiga segi antara Bella, Edward dan Jacob, lupakan saja. Kerana kali ini drama yang ditonjolkan di dalam filem arahan Bill Condon cukup berlainan.

Dramanya lebih kepada misi bagaimana puak Pontianak dan serigala jadian untuk menyelamatkan Renesmee daripada dibunuh oleh Volturi, sekaligus menyelamatkan keluarga mereka daripada dilenyapkan buat selama-lamanya.

Hero dalam siri kali ini juga, bukan lagi milik Edward atau Jacob, sebalik Alice Cullen yang dipegang oleh Ashley Greene iaitu kakak kepada Edward.

Sejak dari filem Twilight pada 2008, Alice sentiasa menjadi perhatian sebagai satu-satunya Pontianak yang memiliki kuasa mistik mengenal pasti masa depan dan untuk siri ini, keyakinan serta personalitinya melampaui daripada watak lain.

Malah apa yang membuatkan filem ini tampak lebih menarik, apabila wujud pula watak Pontianak tambahan dari pelbagai negara dan benua seperti dari Rusia, Brazil, Timur Tengah, Eropah dan hutan hujan Amazon.

Merekalah yang akan membantu, menjadi tulang balakang bagi menyerang pasukan Pontianak jubah merah sekiranya terjadi perperangan antara mereka.

Peperangan? Ya, benar satu peperangan bakal berlaku antara puak Pontianak baik dan juga Pontianak berjubah merah.

Peperangan ini jugalah yang akan membuatkan sesiapa saja panas punggung. Kehilangan satu persatu keluarga Cullen bakal berlaku termasuklah ayah dan ibu Edward yang dipenggal kepalanya oleh puak Pontianak Volturi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers