Nicki Minaj Cari Pasal Pula Dengan Steven Tyler

LOS ANGELES, 28 NOV 2012: Sebelum ini, Nicky Minaj telah pun bergaduh dengan rakan jurinya di dalam American Idol iaitu Mariah Carey. Sekarang ini, dia cari pasal pula dengan rocker Steven Tyler yang juga vokalis Aerosmith.

Ianya gara-gara kenyataan yang dikeluarkan Steven mengenai perbalahan yang tercetus di antara rapper tersebut dengan Mariah Carey. Sewaktu diwawancara MTV News, Steven tanpa berselindung memberitahu bahawa perbalahan seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

"Saya tahu tentang perbalahan yang berlaku itu. Tapi, bagi saya ia tidak sepatutnya berlaku. Sepatutnya, kalangan juri harus menghormati di antara satu-sama lain dan menjalinkan hubungan yang baik.

Nicki Minaj Cari Pasal Pula Dengan Steven Tyler


"Yang penting di sini adalah bagaimana kita mahu membantu dan menyokong bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian bertapak di dalam bidang ini. Itulah yang cuba saya lakukan dulu bersama rakan juri yang lain waktu kami masih berada di American Idol," katanya.

Steven bersama rakan jurinya yang lain adalah orang yang bertanggungjawab membantu Phillip Phillips menjuarai American Idol Musim.

Menurut Steven lagi, kebanyakan bakat-bakat baru yang menyertai American Idol ini tidak tahu bagaimana caranya untuk mereka bertapak dengan betul di dalam industri ini.

"Mereka ini datang dari entah mana entah dan tiba-tiba berada di Kota New York. Dan, ia adalah suatu yang cukup menakutkan buat mereka dan anda tidak akan mampu untuk mencari yang baik daripada mereka dengan cara ini.

"Kalau Bob Dylan mungkin Nicki Minaj akan menghantarnya ke padang jagung. Tapi, kalau Bob Dylan bersama saya dengan rakan juri yang lain dulu, kami akan berusaha untuk mencungkil bakatnya dengan lebih mendalam lagi seperti mana yang kami lakukan terhadap Philip Philips," katanya.

Tidak lama selepas itu, Nicky Minaj terus mengamuk terhadap Steven Tyler di laman twitternya.

"Steven Tyler kata saya akan hantar Bob Dylan di padang jagung? Tidak pernah sekali pun dia melihat saya menjadi juri untuk seorang peserta dan dia sudah pun membuat andaian bahawa saya tidak akan menggemari Bob Dylan? Kenapa? Hitam? Rapper? Apa? Pergi mampus dengan diri anda dan jaga diri anda sendiri," katanya penyanyi Starships ini.

Tambah Minaj lagi: "Saya tahu anda mahu jaga job anda dan mahu jaga hati produser. Saya tidak ada apa-apa masalah dengan anda. Tapi, komen itu sangat berbaur perkauman".

Laaa ambik hati la pulak Minaj nie dengan Steven, biasala artis veteran memang ada pandangan yang meluas tentang dunia hiburan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers