Perwakilan matang walaupun berbeza pandangan – Pengerusi Tetap

Perwakilan matang walaupun berbeza pandangan – Pengerusi Tetap
Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan berjalan lancar walaupun parti itu menghadapi pelbagai cabaran.

Para perwakilan yang akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Selasa depan mempunyai fikiran yang matang dan mampu menyampaikan pandangan atau bantahan mereka secara berhemah.

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruddin berkata, berdasarkan pengalamannya bersama UMNO selama 47 tahun, beliau mendapati anggota parti itu sentiasa dididik untuk menyampaikan pandangan atau bantahan mereka secara berhemah.

Sehubungan itu, beliau yakin Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan berjalan lancar walaupun parti itu menghadapi pelbagai cabaran, katanya selepas diwawancara oleh Bernama Radio24.

“Insya-Allah perwakilan-perwakilan UMNO ini matang kerana mereka (perwakilan) yang datang ini dipilih di peringkat akar umbi untuk mewakili bahagian masing-masing. Namanya persidangan… maknanya mereka (perwakilan) datang untuk bersidang, bukan datang untuk kita cari masalah.

“Kita (mengamalkan) demokrasi. Contohnya presiden kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang tanpa bertanding, maknanya solid (teguh). Ia pilihan terhadap dia, jadi begitu juga jawatan-jawatan lain dalam parti kita ini,” katanya.

Badruddin berkata, teguran yang dibuat perlulah berhemah mengikut landasan Islam yang menegah umatnya menghina atau mengaibkan pihak lain walaupun berbeza pandangan dan pendirian.

“Saya percaya anggota-anggota UMNO akan akur dan ikut peraturan parti jadi kita serah kepada Allah agar persidangan diberkati dan kita harap perwakilan datang kerana Allah serta kita akan dapat bawa balik satu keputusan yang baik untuk parti dan negara di akhir perhimpunan nanti,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO 2015 dijadual berlangsung dari 8 hingga 12 Dis dengan dimulakan dengan perasmian perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti, iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri, dan diikuti dengan perasmian Perhimpunan Agung UMNO pada 10 Dis.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers