Peluang BN rampas Selangor makin cerah

Peluang BN rampas Selangor makin cerah
Kecelaruan politik pakatan pembangkang yang turut memberi kesan kepada negeri Selangor membuka peluang lebih cerah kepada BN untuk merampas semula negeri itu selepas dua penggal.

Barisan Nasional (BN) Selangor yakin mampu merampas kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) walaupun UMNO sedang menghadapi krisis kepimpinan.

Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang berpendapat tiada perkara yang mustahil dalam politik.

“Tiada perkara yang mustahil dalam politik. Boleh berlaku (BN tawan semula Selangor).

“Kalau sekarang ada dua pembangkang, boleh pemerintah dan ini kita lihat peluang itu memang cerah,” katanya kepada pemberita selepas forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020, Mampukah Kita? di Universiti Industri Selangor (Unisel) pada Rabu.

Menurut Ahli Parlimen Tanjung Karang itu, krisis yang berlaku pada UMNO pada masa ini boleh diselesaikan asalkan mengikut peraturan.

“Kita ada Perlembagaan parti yang perlu diikuti dan InsyaAllah kalau kita ikut undang-undang dan peraturan semua masalah kita akan selesai.

“Jadi yang penting ialah kita nak kena meyakinkan rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional kalau memerintah, kita akan lebih baik daripada Pakatan Rakyat,” tegasnya.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers