Rizal Mansor menegaskan Bahagian Permata di JPM tidak pernah mempunyai skim bantuan bulanan kepada pelajar UPSR yang mendapat keputusan cemerlang |
Bahagian Permata, Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak pernah menawarkan sebarang ganjaran berupa bantuan wang tunai bulanan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Penafian itu dibuat Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor di laman Facebooknya.
“Untuk makluman Bahagian Permata Jpm tidak pernah ada skim seperti dibawah.. ,” tulisnya ringkas.
Maklum balas itu diberikan selepas seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Rosly Yusof memuat naik status dan membangkitkan persoalan apabila anaknya tidak lagi menerima bantuan berkenaan yang dikatakan disalurkan melalui UMNO Bahagian Batu Kawan.
Dia mendakwa anaknya telah dipilih menerima wang daripada Skim Permata Negara sebanyak RM200 sebulan kerana keputusan baik UPSR bermula 1 Januari 2015.
“Selepas menerima RM600 utk bulan Januari hingga march melalui umno cawangan di mana surat tersebut ditandatangan UMNO Batu Kawan, sehingga kini satu sen pun tidak diterima lagi.
Soalannya.
Siapakah sapu duit tersebut,” tanyanya.
Program Permata diilhamkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mengandungi lima program utama yang terdiri daripada Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, dan Permata Kurnia.
Ia bertujuan mengembangkan potensi setiap anak daripada segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.