Kualiti khidmat pengangkutan awam tidak setanding tambang

Kualiti khidmat pengangkutan awam tidak setanding tambang
Kerajaan sepatutnya menambahbaik kualiti perkhidmatan pengangkutan awam sebelum membenarkan kenaikan kadar tambang.

Kadar kenaikan harga tambang pengangkutan awam di negara ini tidak relevan dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Disebabkan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, kenaikan tambang pengangkutan awam menambahkan lagi beban rakyat.

Katanya, kerajaan sepatutnya menyelesaikan terlebih dahulu isu kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di mana tidak banyak penambahbaikan yang dilakukan sebaliknya lebih mementingkan kenaikan kadar tambang.

“Sewajarnya kerajaan menyelesaikan dahulu isu kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini yang kelihatan dan dapat dirasai tidak banyak penambahbaikkan yang berlaku dan sepatutnya juga kerajaan memberikan keutamaan untuk mengekang atau mengawal kenaikan pelbagai kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Malah Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, kenaikkan tambang pengangkutan awam semakin menjadi trend oleh kerajaan dengan memberi alasan tidak dilakukan sejak sekian lama dan harga itu berada pada kadar lebih rendah.

“Sebelum ini telah diumumkan kenaikan kadar tambang bagi perkhidmatan KTM iaitu sebanyak 20% hingga 140% dan bagi LRT, Monorail dan RapidKL pula sebanyak 40% hingga 102%. Sebelum itu lagi, kadar harga tol juga telah dinaikkan antara 25% hingga 80%.

“Harga tambang bas pun turut dinaikkan. Selain itu, harga runcit petrol juga dinaikkan pada hampir setiap bulan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kemungkinan kerajaan akan menaikkan kadar tarif air dan elektrik untuk menambahkan lagi beban rakyat.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers