Wakil rakyat tidaK diberi masa secukupnya untuk menelaah RUU yang disifatkan membunuh demokrasi. |
Para wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) mempertikai pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang dibuat secara terburu-buru di Parlimen, kerana ia membawa kepada salahguna kuasa.
Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata beliau tidak faham mengapa pemerintah begitu “terdesak” membawa RUU itu ke Parlimen.
“Tempoh yang secukupnya harus disediakan seandainya mereka mahu meneruskan rang undang-undang itu. Kita tidak diberi masa secukupnya (untuk mengkaji RUU itu) kerana sibuk dengan perbahasan belanjawan.
“Kita mahu undang-undang ini dibatalkan,” tegasnya di satu sidang akhbar di Parlimen pada Khamis.
Hanipa memetik contoh Seksyen 18 dari RUU itu yang memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai “kawasan keselamatan”.
“Ini membolehkan PM mengarahkan penahanan tanpa waran, menyekat pergerakan dan banyak lagi. Saya percaya sekiranya RUU ini diluluskan, kita menuju ke arah negara polis.
“Saya berharap keadilan dapat mengatasi dan pemerintah akan menarik balik RUU ini,” katanya.
Turut hadir Ahli Parlimen Gobind Singh Deo yang menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said supaya menimbangkan semula pembentangan RUU itu.
“Kita mendesak Azalina supaya tidak membentangkan RUU ini secara terburu-buru. Kita mempersoalkan mengapa mereka tergesa-gesa mahu meluluskan RUU ini?
“RUU seperti ini perlu ditelaah dengan teliti bagi mengelakkan penyalahgunaan. RUU ini memberi kuasa yang sangat besar kepada PM. Jika RUU ini untuk tujuan baik, maka ia harus dibuat dengan tertib,” kata Gobind.
Beliau menambah PH membantah RUU itu, dan berhujah kerana ia memusatkan kuasa di tangan seorang individu seraya mendedahkan undang-undang itu kepada penyalahgunaan.
Ahli Parlimen Gooi Hsiao Leung mengulangi hujah Gobind, dan menambah RUU ini membunuh demokrasi sekiranya ia diluluskan.
“Saya ragu-ragu dengan keikhlasan pemerintah membentangkan rang undang-undang yang sangat penting ini secara senyap. Ia seolah-olah diseludup masuk ke Parlimen.
“RUU ini memberi kebebasan yang luas kepada pemerintah dalam menentukan takat kestabilan sosial politik serta takat keselamatan nasional. Perkara ini perkara serius dan kita menggesa parti-parti komponen BN supaya bersama menentang penggubalannya,” kata Gooi.
Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata pembentangan RUU ini dibuat secara “tiba-tiba”.
“Kita tidak pun diserang pengganas. Perkara ini timbul ketika kita menyoal mereka tentang RM2.6 bilion (yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM). Ini perkembangan yang tidak baik.”
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.