Nik Nazmi cabar KJ berdebat

Nik Nazmi cabar KJ berdebat
Dalam debat terbuka yang dicadangkan dia meminta Ketua Pemuda UMNO memilih tiga tajuk dan menentukan masa serta ketika untuk ia diadakan

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin supaya bersemuka dengan debat terbuka.

Ia dibuat ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang meminta Ahli Parlimen Rembau itu menentukan masa dan waktu sekiranya sedia menyahut tawarannya.

“Bagi membentuk garis perdebatan, AMK juga suka untuk mencadangkan topik berikut untuk dipilih mengikut kesesuaian dan keselesaan Pemuda UMNO. Topik tersebut adalah, yang pertama, Benarkah Malaysia sedang menuju ‘Negara Gagal’?
.
“Kedua, Apakah Politik Melayu Terancam?, dan pilihan ketiga, Apakah pemotongan bajet Pendidikan Tinggi merupakan helah untuk kerajaan lepas tanggungjawab?.

“Pemuda UMNO boleh memilih salah satu daripada tiga topik tersebut. AMK juga terbuka untuk menerima sebarang cadangan topik lain daripada Pemuda UMNO sekiranya ada,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, AMK berharap perdebatan antara Ketua AMK dan Ketua Pemuda UMNO akan menjadi medan ilmiah untuk masyarakat khususnya generasi muda mendapat penjelasan mengenai isu-isu terkini yang melanda negara.

“Tanggapan pesemis yang mengatakan perdebatan tidak membawa ke mana perlu ditolak jauh kerana Negara-negara maju hampir semuanya menjadikan debat sebagai salah satu daripada isi penting ‘good governance’.

“Kalah menang bukan pertimbangan utama debat, tetapi yang lebih penting ialah memberi akses kepada pendengar mendapat input yang pelbagai seterusnya membuat pendirian yang bijak,” kata Nik Nazmi.

Jelasnya lagi, debat yang bakal diadakan akan menjadi peluang kepada Khairy untuk membuktikan bahawa UMNO sudah keluar daripada politik konservatif perkauman.

“Umum sudah arif dengan gaya politik UMNO. Apabila mereka gagal berhadapan dengan rakyat mengenai isu 1MDB, skandal 2.6 billion, Mara, dan pelbagai lagi isu yang melanda kerajaan, maka jalan terakhir yang UMNO gunakan ialah untuk berselindung di sebalik tembok perkauman,” tulisnya.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers