Zahid jawab isu RM2.6 bilion tapi soal jawab tidak dibenarkan

Zahid jawab isu RM2.6 bilion tapi soal jawab tidak dibenarkan
Isu itu masih dalam siasatan dan menjadi perkara subjudis jika ia dibincang kepada awam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini memberi penjelasan berhubung isu dana RM2.6 bilion kepada Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid memaklumkan dana itu yang dimasukkan dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kini masih dalam siasatan dan menjadi perkara yang subjudis jika ia dibincang kepada awam.

Beliau berkata, siasatan berhubung isu itu juga dijalankan dengan bebas oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

Dalam pada itu, Zahid berkata, di Malaysia tiada undang-undang khusus yang mengawal dana politik, justeru amalan menerima dana ini dibenarkan oleh mana-mana parti politik termasuk pembangkang.

Dalam sesi penerangan itu, tiada soal jawab dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Najib juga sudah menyuarakan hasrat membuat satu pendekatan baharu supaya ada kawalan selia terhadap dana politik namun ia ditolak pembangkang.

Hasrat itu kata Ahmad Zahid sudah dua kali dinyatakan iaitu pada 2009 dan sekali lagi sebelum ini, susulan isu RM2.6 bilion yang menjadi perhatian umum.

Pembangkang tidak puas hati kerana Najib tidak tidak menjawab soalan itu kerana wang itu dimasukkan ke dalam akaunnya.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memohon Pandikar Amin sekurang-kurangnya membenarkan perkara itu dibahaskan .

Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa pula mempersoalkan mengapa Ahmad Zahid menjawab bagi pihak Najib.

“Bagaimana Timbalan Perdana Menteri yang menjaga hel ewahl dalam negeri boleh menjawab soalan ini,” soalnya.

Pandikar Amin menjelaskan perkara itu tidak menjadi isu kerana sebagai Speaker beliau membenar Ahmad Zahid menjawab bagi pihak Najib.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers