Zaid Ibrahim ‘mangsa’ terbaru Akta Hasutan?

Zaid Ibrahim ‘mangsa’ terbaru Akta Hasutan?
Bekas menteri itu diminta tampil ke balai polis petang ini.

Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim tidak tahu-menahu mengenai berita yang melaporkan beliau akan didakwa dibawah Akta Hasutan.

Sebentar tadi The Malaysian Insider (TMI) melaporkan Zaid akan didakwa di bawah Akta Hasutan pada Jumaat berhubung satu ucapan yang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan.

Zaid, ketika dihubungi FMT, mengesahkan beliau telah diminta oleh polis supaya menampilkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 3 petang hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak tahu ia berhubung kesalahan apa.

Menurut TMI, polis telah membuka kertas siasatan terhadap Zaid berhubung ucapan “Rally Behind Tun Dr Mahathir Mohammad” yang disampaikan beliau di Kelab DiRaja Selangor, September lalu.
Beliau telahpun memberikan kenyataan kepada polis mengenai kes itu pada 16 dan 17 November.

“Saya amat terkejut ucapan saya dianggap hasutan. Saya ingat lagi ucapan itu dibuat dalam kontek demokrasi, iaitu mana-mana pemimpin boleh didakwa, dan boleh digulingkan melalui cara yang dibenarkan undang-undang, seperti undi tidak percaya, atau tekanan dari orang-ramai,” katanya selepas disoal-siasat polis bulan lepas.

Ucapan itu turut dimuatnaik di laman blog milik beliau.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers