ERL pertahan kenaikan tambang

ERL pertahan kenaikan tambang
Tambang perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit tidak berubah sejak April 2002 walaupun kos operasi dan penyelenggaraan meningkat.

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mempertahankan keperluan menaikkan tambangnya bagi memastikan ia kekal mampan.

ERL Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, tambang perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit tidak berubah sejak April 2002 walaupun kos operasi dan penyelenggaraan meningkat.

“Projek ERL dilaksanakan dengan kos RM2.4 bilion dan syarikat mengalami kerugian sejak beberapa tahun, terkumpul sehingga RM671.7 juta.

“Pada Julai tahun ini, pemegang saham ERL menyuntik modal tambahan RM72 juta kepada syarikat,” katanya.

ERL berkata, syarikat perlu terus melabur dalam sistem baharu dan set kereta api yang akan dihantar secara berperingkat mulai Mei 2016 untuk menampung jumlah penumpang yang meningkat.

Sebelum ini, ERL mengumumkan tambang perjalanan sehala antara KL Sentral ke KLIA dan KKLIA naik RM20 kepada RM55 mulai 1 Januari tahun depan.

– Bernama


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers