![]() |
Kejadian dikatakan berlaku berhampiran KLCC apabila sekumpulan pemandu teksi bertindak mengepung dan menyerang kenderaan yang digunakan untuk membawa penumpang menggunakan applikasi Uber |
Sekumpulan pemandu teksi yang bengang dengan kehadiran pemadu Uber di perkarangan KLCC mengambil tindakan sendiri.
Meskipun tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan, tindakan yang membelakangkan undang-undang itu menimbulkan rasa kurang senang pelbagai pihak.
Mengulas mengenai tindak tanduk pemandu teksi berkenaan, Elton Poh meluahkan rasa kesalnya di Facebook dengan apa yang berlaku.
“Lebih teruk dari babarians, dan juga anjing.
“Ini ke contoh rakyat Malaysia yang kita mahu tunjukkan kepada pelancong?”, tulisnya
Dalam video yang dimuat naik ia menunjukkan sekumpulan pemandu teksi mengepung kenderaan yang digunakan untuk membawa penumpang.
“Dengan itu janganlah anda membawa Grab Car atau Uber. Pesanan daripada pemandu-pemandu teksi semua,” kata salah seorang lelaki yang muncul dalam rakaman video yang dimuat naik.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.