Real mahu bolot enam piala

Real mahu bolot enam piala Kapten Real Madrid, Iker Casillas menjulang trofi selepas muncul juara Piala Super UEFA menewaskan pasukan senegara, Sevilla di Stadium Bandaraya Cardiff, Wales, kelmarin. Cardiff: Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata pasukannya kini berada di ambang kejayaan selepas berjaya mengalahkan Sevilla 2-0 untuk menjulang Piala Super EUFA, awal pagi semalam.

Juara Eropah itu bertandang ke Cardiff dengan menurunkan bintang baharunya, James Rodriguez dan Toni Kroos dalam kesebelasan utama tetapi Cristiano Ronaldo membuktikan bisanya dengan menjaringkan kedua-dua gol.

Turut dibarisi Gareth Bale dan Karim Benzema, Real kini memiliki tonik hebat di bahagian serangan yang bernilai ?310 juta (RM1.3 bilion) dan faktor itu mendorong Ancelotti mula mengimpikan untuk menjuarai kesemua enam piala yang disertainya musim ini.

Pemain lain juga hebat

“Saya fikir adalah cukup penting untuk memulakan saingan kali ini kerana kami memiliki skuad yang ada kualiti luar biasa,” katanya.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers