Ustaz Kazim Elias Tegur Artis Berhijab?

Ustaz Kazim Elias Tegur Artis Berhijab?

Ustaz Kazim Elias Tegur Artis Berhijab?


KUALA LUMPUR, 3 JULAI 2014 - Penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias atau nama sebenarnya Mohammad Kazim Elias 42, memberi teguran kepada artis berhijrab untuk berhijab perlulah ikhlas dan tidak perlu menunjuk-nunjuk.

“Alhamdulilah, ramai artis wanita telah berhijab untuk ke arah kebaikan kerana ia boleh menarik minat dan petanda baik kepada peminat yang segelintir daripada artis itu adalah ikon,” katanya ditemui Murai dalam Majlis Sidang Media Kembara U.K.E di Berjaya Times Square Kuala Lumpur.

Menurutnya lagi, pertukaran imej belum cukup menampilkan seorang muslimah yang bertakwa dan perlulah mendalami agama islam yang secukupnya menerusi guru-guru dan pendakwah yang berpengalaman.

“Janganlah hari ini sudah berhijab dan keesokkan hari terus menjadi penceramah atau pun ustazah kerana banyak lagi perkara lain perlu dipelajari dan difahami sebelum membuat sebarang kenyataan,” tegas Ustaz Kazim.

Asas dalam bidang agama tidak cukup amat sukar untuk memberi ceramah mahupun teguran secara islam malah ia akan memberi persepsi negatif sekiranya tersalah memberi pendapat.

Di tambah pula dengan media sosial yang kian berkembang, segala perlakuan dan tingkah laku mudah tersebar tidak sampai 5 minit terutama di Facebook, Twitter mahupun Youtube.

“Alhamdulillah saya sudah empat atau lima tahun banyak terlibat dengan golongan artis dalam program dan dari situ saya cuba dekati mereka dan berkongsi ilmu," jelasnya.

Dalam pada itu mengenai program Kembara U.K.E. ia bakal merakamkan pengisian dakwah secara santai bersama peminat di atas kapal mewah Star Cruise ke beberapa destinasi menarik iaitu Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan Phuket, Thailand.

"Insya-Allah kembara itu nanti melibatkan aktiviti seperti kuliyah selepas waktu Subuh dan Maghrib serta beberapa tazkirah lain seperti pada waktu matahari terbit dan terbenam.

"Malah setiap perjalanan pelayaran ini termasuklah aktiviti perjumpaan bersama masyarakat Islam di Langkawi dan Thailand," ujarnya.

Kata Ustaz Kazim lagi, setakat ini sambutan terhadap kembara itu amat memberangsangkan di mana hampir 600 peserta sudah mendaftarkan diri untuk menyertainya.

"Alhamdulillah biarpun belum menghebahkan secara rasmi namun sambutannya diluar jangkaan dan tempat kosong masih berbaki 100 orang sahaja," katanya.

Kembara U.K.E. itu akan diadakan pada 24 hingga 27 Ogos depan dan Astro Oasis bertindak sebagai penyiar utama dengan kerjasama Intratama Travel Consultant & Tours dan Pusat Pendidikan Al-Barakah.

Malah pihak Astro Oasis akan menerbitkan program khas kembara itu yang akan disiarkan bermula 3 Oktober depan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Sebarang pertanyaan mengenai Kembara U.K.E boleh menghubungi 03-61850010 atau email kepada intratama@gmail.com.

iskandarX: Betul lah tu cakap Ustaz, asas walaupun dah ada tapi tak praktik boleh menjuruskan kita kearah menjadi puak munafik.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers