Putus Tunang Lagi, Ikhwan Hot FM Serik Nak Bercinta Lagi!

Putus Tunang Lagi, Ikhwan Hot FM Serik Nak Bercinta Lagi!

Putus Tunang Lagi, Ikhwan Hot FM Serik Nak Bercinta Lagi!


KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2014: Mungkin tiada jodoh, ikatan pertunangan penyampai radio Hot FM, Ikhwan dengan Natasha Nadia terputus pada bulan lepas.

Ikhwan dan Natasya telah mengikat tali pertunangan pada April 2013 dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada akhir tahun ini.

“Ya…saya sudah putus tunang…Bagaimanapun kami putus secara baik dan saya telah pun berjumpa dengan keluarganya untuk beritahu apa yang berlaku.

“Kami sepatutnya berkahwin pada tahun ini, tetapi tidak mengapalah…bukan rezeki dan jodoh saya belum sampai,” katanya ketika ditemui di majlis iftar bersama media anjuran Hot FM yang bertempat di Flora Terrace, Hampshire Place, Kuala Lumpur pada Selasa.

Bagaimanapun menurut Ikhwan, selepas putus tunang kali kedua ini dia tidak teragak-agak untuk terus berkahwin sekiranya bertemu dengan gadis pilihan hati.

“Lepas ni saya dah tak mahu bertunang, kerana banyak sangat dugaan…Sekiranya bertemu dengan jodoh saya nanti, saya akan terus berkahwin,” ujarnya.

Kata Ikhwan lagi dia akan terus positif dan tidak akan mengambil peduli tentang cakap-cakap orang sekeliling yang memandang negatif terhadapnya apabila putus tunang buat kali kedua.

“Ada yang cakap badilah…apalah..tapi saya tidak ambil peduli pun malahan saya lebih positif untuk meneruskan hidup dan kerjaya,” katanya.

Namun Ikhwan tidak menolak dakwaan ikatan pertunangannya dengan Natasha putus disebabkan kesilapan di pihaknya sendiri.

“Saya akui kesilapan di pihak saya dan akan terus memperbaiki supaya tak akan timbul lagi perkara sebegini,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu Ikhwan turut menjelaskan walaupun tidak lagi berhubung dengan bekas tunangnya tetapi hubungan dengan keluarga mereka terutama abang Natasha masih rapat.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers