Penyakit Fibrosis Paru-Paru Kak Pah Akibat Jangkitan Luar

Penyakit Fibrosis Paru-Paru Kak Pah Akibat Jangkitan Luar

Penyakit Fibrosis Paru-Paru Kak Pah Akibat Jangkitan Luar



KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2014: Penyakit fibrosis paru-paru yang dihidapi Datuk Sharifah Aini adalah berpunca daripada bahaya jangkitan luar akibat sering berhadapan dengan khalayak ramai dan disebabkan itu biduanita negara ini terpaksa menerima rawatan lebih lanjut di unit rawatan rapi (ICU).

“Kak Pah tahu yang dia ada masalah dengan paru-parunya. Tapi dia tetap berhadapan dengan khalayak ramai dan mendedahkan paru-parunya pada bahaya jangkitan luar.

"Katakan dia berpelukan dengan orang yang ada selsema, itu juga boleh menjangkiti paru-parunya dan keesokannya dia akan masuk ke hospital,” menurut Syed Tahir Syed Jaafar, iaitu adik tiri kepada Kak Pah.

Menurut Syed juga, Kak Pah telah menjalani rawatan sejak 6 bulan yang lalu dan mereka sekeluarga telah membuat beberapa perbincangan sempena Ramadan.

“Kali terakhir kami berjumpa dia sedang menantikan ketibaan Ramadan dan juga merancang untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-61 bersama para peminat.

"Kak Pah adalah seorang wanita yang disayangi semua dan saya rindukan pelukan dan ciumannya. Dia seperti orang yang sedang tidur. Saya tertanya, bila agaknya saya dapat peluk dia lagi sekali,” kata Syed Tahir sebak.
 Jelas Syed Tahir, dia juga terkilan dengan spekulasi orang ramai sehingga menyebarkan berita tidak benar tentang kesihatan Kak Pah di media sosial. Dia bagaimanapun meminta bantuan orang ramai untuk mendoakan kesihatan Kak Pah agar pulih seperti biasa.

“Saya seru peminat-peminat yang prihatin tentang kesihatan Kak Pah untuk berikan dia ruang untuk pulih. Saya juga minta orang ramai tidak membuat spekulasi.

“Malah saya baru sahaja ditanyakan rakan saya di Singapura tentang berita yang lebih buruk yang telah sampai ke telinganya,” ulas Syed Tahir mewakili seluruh ahli keluarganya.
Kak Pah kini masih dirawat unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar KPJ Damansara sejak Isnin. Awalnya, Kak Pah telah mengadu mengalami kesukaran bernafas dan telah dihantar ke hospital oleh anaknya Aliff Omar.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers