Felixia Yeap Rahsiakan Tempat Mengucap Syahadah

Felixia Yeap Rahsiakan Tempat Mengucap Syahadah

Felixia Yeap Rahsiakan Tempat Mengucap Syahadah


Bekas model, Felixia Yeap, merahsiakan lokasi dimana dia akan mengucap dua kalimah syahadah. Sebelum ini gadis berbangsa Cina ini ada membuat kenyataan yang beliau akan memeluk Islam pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-28 iaitu yang jatuh pada hari ini, 3 Julai bersamaan 5 Ramadan.

Menerusi maklumat yang diterima, Felixia dikatakan akan melafaz syahadah di Pusat Hidayah Center Foundation, di Bandar Melawati. Namun ketika media sampai di sana, wakil pusat tersebut memaklumkan bahawa Felixia tidak akan memeluk Islam di situ.

Bagaimanapun, menerusi status yang dimuatnaik di laman Facebook milik beliau, Felixia menulis menyatakan bahawa maklumat yang mengatakan dia akan mengucap dua kalimah syahadah di pusat berkenaan adalah hanya khabar angin.

Malah dia yang pernah muncul menerusi lakonan dalam drama bersiri 'Nikah Kita Bercinta' dan 'Sarafina' ini juga menulis yang dia tidak mahu mana-mana media membuat liputan berkenaan dia memeluk Islam hari ini.

Felixia mula dikenali dan menjadi tumpuan ramai selepas tampil dengan imej bertudung litup. Apatah lagi dia seorang model yang sebelum ini dilihat begitu berani menghiasi beberapa majalah antarabangsa dengan beberapa ekspresi ghairah termasuk untuk majalah lucah, Playboy.

Tidak mengapalah kalau Felixia tidak mahu media membuat liputan tentang dirinya. Pihak media menghormati permintaan dan privasi beliau.

Cuma, kalau ketika atikel ini disiarkan Felixia sudah pun selamat bergelar saudara baru, Alhamdulillah. MD ucapkan semoga Felixia selamat menjalani kehidupan baru, terus memperolehi hidayah dan menjadi muslimah yang sejati.

*Tak mahu cakap panjang-panjang dalam bulan-bulan Ramadan begini. Nanti kalau tersalah kata, kurang pula pahala puasa. Selamat menjalani ibadah puasa, semua.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers