Siti Saleha Enggan Dedahkan Identiti Teman Lelaki?
SUMBER MSTAR
KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2014: Sebelum ini ada laporan menyebut pelakon drama bersiri 'Ramadan Jangan Pergi' ini mengakui sedang bercinta dengan seorang lelaki yang berasal dari Portugal.
Namun Siti Saleha berkata, dia enggan terlalu terbuka bercerita mengenai teman lelaki kerana ingin mengelak daripada timbulnya sebarang kontroversi.
Sebagai seorang figura yang dikenali ramai dia sedar sentiasa menjadi perhatian dan langkah tersebut dapat mengurangkan tumpuan masyarakat terhadap kehidupan peribadi.
"Saya bukan ingin berahsia cuma ada perkara yang saya tidak boleh kongsi dengan semua orang kerana bimbang akan ada cerita kurang enak timbul sekiranya kami terlalu terbuka.
"Buat masa ini saya tidak akan bawa dia ke mana-mana majlis hiburan malah dia sendiri tidak selesa menjadi tumpuan ramai,"katanya.
Dalam pada itu, pelakon itu lega apabila namanya jarang dikaitkan dengan apa-apa kontroversi dan berharap perkara itu dijauhkan daripadanya.
Kata Saleha lagi, fokusnya kini terhadap kerjaya lakonan dan dia juga lebih gemar duduk di rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang komitmen kerja yang mungkin menjadi alasan mengapa namanya jarang dikaitkan dengan kontroversi.
iskandarX: Nak rahsia apa lagi dah pun nyata gambar dok bersosial punya banyak. is Dari minat gila sampai nak mati kat Siti Saleha terus jadi tak minat.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.