Datuk Sharifah Aini Dimasukkan Ke ICU, Akibat Komplikasi Peparu

Datuk Sharifah Aini Dimasukkan Ke ICU, Akibat Komplikasi Peparu

Datuk Sharifah Aini Dimasukkan Ke ICU, Akibat Komplikasi Peparu


KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2014: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di sini akibat fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut.

Menurut pakar perubatan Datuk Dr Zainudin Md Zin memberitahu Sharifah Aini dibawa ke pusat perubatan oleh anaknya Aliff Omar Ali pada pagi Selasa selepas mengalami kesukaran bernafas. Bagaimanapun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

"Buat masa ini Sharifah Aini tidak dibenarkan menerima lawatan mana-mana tetamu melainkan ahli keluarga terdekatnya sahaja," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa.

Katanya, keadaan itu mengakibatkan kerosakan paru-paru yang mengakibatkan lama-kelamaan terjadinya penyakit tersebut yang menyebabkan penyerapan oksigen tidak efisyen.

Terdahulu pada hujung Mei lalu, Sharifah Aini berkata beliau reda jika dijemput Allah selepas 28 hari dirawat di hospital akibat penyakit paru-parunya.

Dalam luahan yang ditulis menerusi Facebook miliknya itu beliau meminta agar seluruh peminat mendoakan kesejahteraannya selain menghadiahkan Al-Fatihah sekiranya beliau sudah tiada.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers