Najwa Cuba Tarik Perhatian Umum Dengan Seri Mersing

Najwa Cuba Tarik Perhatian Umum Dengan Seri Mersing

Najwa Cuba Tarik Perhatian Umum Dengan Seri Mersing


KL, 2 JULAI 2014: Alunan merdu suara Najwa Mahiaddin dengan lagu irama Melayu Asli, Seri Mersing yang diberi nafas baru seakan menjadi setelah mendengar hasil gubahan terbaru tersebut menerusi showcasenya baru-baru ini.

Najwa yang sebelum ini pernah popular dengan lagu berbahasa Inggeris yang berjudul Got To Go itu tampil semula di persada seni suara tempatan setelah menghabiskan masa beberapa tahun menuntut ilmu dalam bidang muzik di Berklee College Of Music, Boston Amerika Syarikat.

Bertempat di Ruang, Subang Jaya, sebuah showcase istimewa telah berlangsung dan persembahannya nyata berjaya menghilangkan rasa rindu peminatnya kepada penyanyi bersuara unik ini. Ketika ditemubual di penghujung acara, Najwa tidak lokek berbicara tentang perkembangan karier muziknya kini.

“Kemunculan Aurora adalah percubaan saya untuk mengembangkan lagi ilmu dalam bidang muzik yang saya ada. Jikalau dulu mungkin hanya sesetengah golongan pendengar sahaja yang tahu siapa Najwa tetapi dengan Seri Mersing diharapkan ia dapat mencuri perhatian lebih ramai peminat muzik di negara ini.

“Melalui album pertama, 'Innocent Soul' yang lebih kepada muzik R&B dan soul, 'Aurora' menampilkan adunan muzik yang hip iaitu berentak elektronik didalam lagu R&B dan soul.

"Sebagai penyanyi, ini menjadi tanda perkembangan muzik saya dan saya sendiri mahu bergerak ke hadapan dengan muzik yang saya perjuangkan,”ucapnya setelah menghiburkan penonton dengan 13 buah lagu dalam showcasenya itu.

Kembali berbicara mengenai lagu Seri Mersing, lagu tradisional yang diangkat dalam nada baru namun masih memelihara irama dan gaya nyanyian itu bukan sahaja strateginya untuk mencuri perhatian pendengar baru di negara ini tetapi ia merupakan salah satu projeknya ketika masih menuntut di Amerika Syarikat.

"Lagu 'Seri Mersing', merupakan salah satu lagu yang menjadi pilihan ketika saya ditanyakan mengenai lagu tradisional Melayu sewaktu menuntut di kolej dulu. Setelah ianya mendapat reaksi positif dari kalangan teman sekuliah, saya rasa ia menarik dimasukkan ke dalam album supaya generasi muda boleh tahu dan menghargai karya-karya lama.

“Sususan muziknya,  saya gubah lebih kepada bunyi eletronik, tetapi saya masih mengekalkan cara dan lenggok nyanyian lagu asli. Diharapkan ianya dapat dihayati kerana pada saya ia sebuah karya yang mempunyai nilai seni yang tinggi,”tambahnya lagi.

Mengandungi lima buah lagu seperti 'Lover', 'Wonderland' dan 'Seri Mersing', peminat-peminat Najwa boleh mendapatkan album 'Aurora' dengan pembelian menerusi iTunes atau layari www.najwamusic.com untuk informasi lanjut.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers